Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 16, 2014

NAJIB - MULA CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Najib makin hari makin tertekan dengan kehendaknya sendiri, beliau seolah-olah sudah merapu dengan kepimpinannya sendiri, tekanan dari semua pihak, pembangkang sudah pasti tapi kini dari veteran UMNO khusus dari Mahathir sendiri, Mahathir dengan rakan-rakan seperti Tun Daim juga Zainuddin ( zam )

Disertakan satu senerio di majlis konvensyen UMNO Johor?

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO.
Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO.
"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.
Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh  Najib Razak ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?
Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?
Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.

Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.
Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada ditangannya sendiri?
Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?
"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."
Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?
Najib Razak sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain. (SH 15/11/2014)
Kenapa lantik orang tua dan warga emas sebagai Senator kalau betul ingin menghargai golongan muda? ~shahbudin

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA