Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 17, 2014

KARTUN - TETAP KARTUN SEMEMANGNYA KARTUN




Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar

KUALA LUMPUR 12 NOV: Kartunis Zunar berkata, lebih 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 memberi kesan mendalam kepada kerajaan sehingga semua karyanya ditarikbalik dan diharamkan.

Meskipun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berupaya menghalang beliau daripada terus mengkritik kerajaan melalui medium kartun.

“Saya ini artis dalam menghasilkan karya kartun. Saya hanya melukis apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan. Mereka buat rasuah, saya cuma kartunkan sahaja, dan bukan saya punca rasuah itu.

“Ini hak saya dan undang-undang tidak boleh haramkan pemikiran saya untuk menghasilkan karya saya dalam ‘mengkartunkan’ kerajaan,” ujarnya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Loke Yew, hari ini.

Hairan dengan kerajaan yang disifatkan terlalu takut dengan kartun, Zunar menegaskan beliau akan terus berkarya dan segala halangan tidak akan menjejaskan hasil karya beliau.

Bahkan katanya, beliau gembira apabila rakyat menerima kartun yang dihasilkan dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan. Zunar dalam pada itu turut mengingatkan kerajaan bahawa kartunis politik mempunyai peranan dalam sesebuah negara demokrasi, termasuk di Amerika Syarikat.

“Saya pernah dipanggil dalam forum kartunis di luar negara, ada kartunis di sana mengkritik (Barrack) Obama. Malah Presiden mereka memberi anugerah ke atas kritikan itu, bukannya mengenakan tindakan undang-undang seperti yang kerajaan Malaysia lakukan,” ujarnya.

Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual dua buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “.

Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque sebelum ini pernah ditemuramah dalam satu forum di San Fransissco, Amerika Syarikat kerana karya yang dihasilkan.

Beliau juga merupakan kartunis Malaysia yang menerima anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa. -KD
SUARAM: Ketawalah, bukan siasat Zunar

Pengarah eksekutif NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Yap Swee Seng mengutuk tindakan pihak berkuasa yang menyiasat kartunis politik Zunar bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut Yap, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque, dituduh menghasilkan karya kartun yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Katanya lagi tindakan ke atas Zunar melanggar hak kebebasan dalam perlembagaan.

“Kami menuntut pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk menegakkan hak Zunar seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

“Hentikan semua gangguan terhadap Zunar, pembantunya, para pencetak, dan semua pemilik kedai buku (menjual buku tersebut),” katanya dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Semalam peguamnya Latheefa Koya berkata, polis memulakan siasatan terhadap Zunar disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, yang sebab siasatannya didakwa masih belum jelas.

Seorang pengendali laman web Zunar, yang enggan namanya disebut, juga dilapor dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan.

Siasatan itu dibuat selepas tiga orang ditahan tiga minggu lalu kerana menjual buku Zunar di Istana Kehakiman Putrajaya, tempat rayuan akhir kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung.

Mereka bertiga disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zunar berkata, kerajaan Malaysia takut dengan kartun walaupun negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada sangat terbuka terhadap kartun politik.

“Jadi kenapa kerajaan Malaysia takut sangat kepada kartun?” soalnya.

“Ketawalah macam di Amerika, pemimpin mereka ketawa melihat apa yang dilukis mengenainya. Jadi ketawa sajalah."
-mk

sedutan beberapa skatsa kartun Zunar.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA