Wan Saiful Wan Jan.
Pemberian RM2.6 juta "golden handshake" kepada bekas pembantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap pembayaran lantikan politik dan sama ada ia mengikut prosedur sewajarnya.
Pembayaran tersebut dikritik kerana terlalu tinggi, terutamanya laporan 
mengatakan Khalid dianggap sebagai seorang yang kedekut dalam mentadbir.
"Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat mekanisma sewajarnya dan 
polisi dalam pelantikan pembantu politik serta sama ada terdapat garis 
panduan prosedur apabila mereka meletak jawatan selepas bos mereka 
berhenti," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.
Wan Saiful berkata, sebarang pembayaran melibatkan dana awam perlu 
telus, bagaimanapun menegaskan ia tidak perlu menjadi pertikaian jika ia
 dilakukan mengikut prosedur yang betul seperti dalam terma kontrak.
"Selagi terma dan syarat kontrak diikut, kita tidak mempunyai asas untuk
 persoalkannya," kata ketua eksekutif  Institut Hal Ehwal Demokrasi dan 
Ekonomi (Ideas) itu.
Beliau berkata wujud beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan 
negeri yang perlu dibuat menerusi lantikan politik dan kontrak mereka 
mungkin termasuk syarat yang membenarkan "golden handshake" kerana 
ketidaktentuan politik.
"Mereka ini mungkin bersetuju untuk memegang jawatan tetapi ia satu 
risiko yang besar kerana ketidaktentuan politik pada masa akan datang 
dan bagi mengatasinya, kontrak mereka mungkin termasuk klausa golden 
handshake," katanya.
Seorang bekas pembantu kepada menteri dan timbalan menteri berkata, 
beliau menerima purata dua bulan gaji dan juga ganjaran apabila 
majikannya meninggalkan pejabat.
"Saya masih ingat hanya menerima ganjaran berjumlah sebulan gaji saya 
untuk tiga tahun saya bekerja dengan timbalan menteri," katanya.
Bagaimanapun, jika beliau meletak jawatan tanpa bekerja semasa notis dua
 bulan sebelum berhenti, beliau sebaliknya perlu membayar wang itu 
kepada Putrajaya.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semalam mengakui wujud elemen salah laku dalam pembayaran kepada pembantu Khalid Ibrahim
 dan berkata perkara tersebut akan dibincangkan dengan lembaga anak 
syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated pada Khamis ini.
Bekas Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Teresa Kok 
berkata semasa meletak jawatan pada akhir tahun lepas, beliau tidak 
menerima sebarang pembayaran seumpamanya.
"Saya hanya terima pembayaran gaji pengarah pada 2013, sama seperti 
jumlah yang dibayar kepada ahli lembaga pengarah lain. Saya tidak diberi
 upah tambahan atau pampasan," katanya.
Khalid Ibrahim
 didakwa membuat gaji pemberhentian berjumlah lebih RM2.6 juta kepada 
lapan pembantunya, salah seorang daripada mereka menerima hampir 
RM700,000.
Khalid berkata tidak mengetahui tentang jumlah tersebut, bagaimanapun 
menyifatkan ia sebagai pembayaran "skim peletakan jawatan sukarela" yang
 ditawarkan kepada stafnya susulan pertukaran menteri besar dua bulan 
lalu. ~malaysian insider

No comments:
Post a Comment