Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 21, 2014

HAKIM , KERJA MEREKA MENCARI DAN MENCIPTA KESALAHAN UNTUK ANWAR

 DSAI ( Dato Seri Anwar Ibrahim ) sejak di pecat oleh Mahathir tempoh hari dengan pengadudumbapakan salah laku seks luar tabiee telah meletakkan pengurusan dan pentadbiran negara kucar kacir, pemerintah menggunakan semua kemuahan kerajaan untuk memastikan DSAI  meninggalkan arena politik tanah air

Kita sendiri lihat bagaimana " mahkamah " dipergunakan semaksima mungkin, kadang kala terlihat seolah-olah badan kehakiman ini di tunjukan oleh UMNO untuk membuat keputusan. Lihat sahaja apa yang berlaku pada kes terakhir di perbicaraan liwat 2.e


Shafee mahu Anwar disabit hina mahkamah

Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II.

Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini.

Beliau memetik dua laporan yang disiarkan Malaysiakini dan satu lagi yang disiarkan portal The Malay Mail Online.

Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir dalam laporan Malaysiakini bertajuk ‘Go back to lawschool’.

Beliau bagaimanapun tidak membacakan laporan The Malay Mail Online.

Shafee mendakwa Anwar sebelum ini menyeret Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke ruang skandal dengan kenyataannya dan kini membuat perkara sama ke atas Mahkamah Persekutuan.

Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu. -mk
Anwar Tetap Ke Penjara? - Shahbudin Hussin

Sesiapa pun yang mengikuti dengan teliti kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan dari awal hingga detik-detik akhir ini, pastinya tidak dapat mengelak daripada mengakui bahawa semakin banyak keraguan telah berjaya diserlahkan.

Para peguambela Anwar yang diketuai oleh Gopal Sri Ram berjaya menimbulkan banyak persoalan serta keraguan dan para hakim pula memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mereka menimbulkan persoalan itu demi menegakkan keadilan.

Pada peringkat awal, isu seluar dalam Saiful yang berbeza yang ditemui kesan air mani serta wajahnya yang selamba menghidangkan teh kepada tetamu Anwar walaupun mendakwa diliwat sehari sebelum itu, telah pun ditimbulkan.

Ia kemudian disusuli dengan kaitan konspirasi politik kerana Saiful juga didapati bertemu dengan pegawai tinggi polis dan Najib sebelum kejadian liwat didakwa berlaku serta turut menghubungi Musa Hassan yang ketika itu menjadi Ketua Polis Negara melalui telefon.

Isu DNA lelaki ketiga yang ditemui pada seluar dalam dan dubur Saiful juga turut dibangkitkan oleh peguam, selain penemuan empat doktor tiada penembusan pada duburnya, tiada kecederaan walaupun mendakwa diliwat secara kasar dan tanpa rela oleh Anwar.

Dengan baki pembelaan hanya tinggal sedikit waktu sahaja lagi pada petang ini iaitu selepas sembahyang Jumaat sebelum pendakwa pula berhujah dan kemudian hakim dijangka membuat keputusan, peguambela Anwar terus menimbulkan banyak keraguan lagi untuk perhatian mahkamah.

Antara yang disentuh pada Khamis ialah mengenai permaidani yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat itu tetapi ditemui di unit kondominium yang berbeza daripada dakwaan di mana kejadian itu berlaku.

Gopal juga membangkitkan mengenai tiada penemuan forensik kejadian liwat telah berlaku di atas permaidani itu serta tidak dibuktikan juga ianya telah dipindahkan.

Secara bergurau, Gopal berkata, beliau tidak percaya adanya "karpet terbang".

Isu DNA lelaki ketiga yang dipertahankan oleh Shafee sebelum ini kemungkinan ianya datangnya daripada tempat duduk tandas yang digunakan Saiful serta kemungkinan juga kepunyaan Dr. Osman yang merawat Saiful, turut disanggah oleh Gobind Deo dengan mengaitkannya dengan kes Hanif Basri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh Norita Shamsudin hanya kerana penemuan air mani lelaki lain yang tidak dikenali dalam tubuhnya.

Beliau juga mengulangi mengenai penemuan awal empat orang doktor yang mendapati tiada penembusan zakar pada dubur Saiful untuk dipertimbangkan sebagai tiada bukti kejadian liwat itu telah berlaku.

Keraguan mengenai sut jenama Brioni yang tidak dibuktikan serta seluar Saiful yang ketika diperiksa tidak disahkan mempunyai jenama itu, kamera CCTV dalam lokap yang tidak berfungsi untuk mengesahkan penggunaan berus gigi, tuala dan botol air minuman serta beberapa isu yang lain oleh Anwar, turut juga dibangkitkan oleh peguam untuk mengukuhkan lagi keraguan bagi melayakkan Anwar dibebaskan.

Dengan keraguan yang semakin terserlah, secara logik dan harapan umumnya ialah peluang Anwar untuk dibebaskan cukup cerah walaupun kenderaan FRU dan bas penjara sudah pun diletakkan di sekitar Istana Kehakiman sejak awal pagi seolah-olah sudah siap untuk menghumban Ketua Pembangkang itu ke penjara.

Tetapi sama ada Anwar bebas atau tidak, tiada siapa yang tahu dan macam-macam perkara boleh berlaku pada petang ini. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Namun, sementara ramai merasakan Anwar semakin mempunyai hujah dan fakta kukuh untuk dibebaskan, Shafee yang dilantik sebagai pendakwaraya juga memaklumkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Peguam Negara untuk memohon memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas keputusan kes rayuan ini nanti.

Tindakan itu ialah berhubung kenyataan Anwar yang disiarkan dalam dua portal berita yang meminta Shafee kembali ke sekolah undang-undang yang dianggap sebagai menghina mahkamah.

Dengan ini, bermakna kiranya Anwar dibebaskan dalam rayuan kes liwat, satu lagi kes iaitu menghina mahkamah pula sedang menunggunya. Jika rayuan ini gagal dan Anwar menghuni penjara sekali, pastinya prosiding menghina mahkamah itu tidak akan akan diteruskan kerana tidak mempunyai makna lagi jika diteruskan pun.

Penjara nampaknya tetap dijadikan sasaran untuk memendekkan hayat perjuangan Anwar.mJika kes liwat memperuntukkan hukuman penjara dan sebat, kes menghina mahkamah pula melibatkan penjara dan denda.

Terdapat beberapa kes menghina mahkamah yang berlaku sebelum ini. Jika kita masih ingat, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pernah didapati bersalah pada 2013 kerana menghina mahkamah dan dipenjara sehari serta denda RM20 ribu. Seorang blogger, Amizuddin Ahmat pula dipenjara tiga bulan kerana kesalahan yang sama setelah dilarang menerbitkan artikel yang memburuk-burukkan Dr Rais Yatim.

Dalam kes menghina mahkamah melibatkan Anwar, hukuman yang bakal menantinya mungkin penjara atau denda atau kedua-duanya sekali yang boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Jika itu berlaku, bukan saja peluangnya untuk terus berjuang dalam PRU 14 nanti jadi terhalang, tetapi penjara tetap merupakan destinasi yang disasarkan kepadanya. -shahbudindotcom

ULASAN GB


Amat jelas di dalam proceeding di Mahkamah Persekutuan bahawa kredibiliti dan reputasi pendakwa yang dilantik Peguam negara bagipihak Saiful telah hancur musnah apabila para peguambela Anwar berjaya mendedahkan banyak kepincangan hujah-hujah Shafee.

Sekarang apabila berhadapan dengan kemungkinan Anwar bakal dibebaskan petang ini, Shafee & Peguam Negara cuba untuk mencari jalan lain... tak dapat tanduk, dapat pulas telinga pun tidak mengapa...


GB sudah mengulas semalam, petikan:

Pertama, ia tiada kaitan dengan penghinaan mahkamah. Tetapi Shafee yang merasa "terhina" kerana Anwar menempelaknya supaya belajar undang-undang semula sedangkan hujah Anwar adalah betul. Berikut sebahagian kenyataan Anwar:

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

Kedua, jika betul ia arahan Peguam Negara, Gani Patail, maka ia juga seperti sudah jelas ada konspirasi dan niat membalas dendam Peguam Negara terhadap Anwar. Anwar pernah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai, 2008 mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan kes serangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Peguam Negara dan Shafee berhempas pulas untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi kesemua usaha untuk melawan Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap tewas juga.

Walaupun pada awalnya peguambela gagal mengenepikan Shafee sebagai peguam pendakwa, tetapi rupa-rupanya ada hikmah. Proceeding di Mahkamah Persekutuan mendedahkan "kebodohan" Shafee. Malah Shafee cuba untuk merendahkan dan mencemarkan reputasi orang lain seolah-oleh macamlah beliau seorang mempunyai reputasi yang baik. GB juga sudah ulas hal ini. Petikan.


Semalam beliau menyerang Dr.Osman dari Pusrawi, hari ini beliau menyerang Dr. McDonald, tetapi tidak berani memanggil mereka untuk menjawab hujahnya.

Seperkara lagi macamlah dia seorang saja berkredibiliti, sedangkan Mahkamah Rayuan sendiri pernah "memalukannya" apabila beliau diarah menanggalkan jubah peguamnya ketika sesi mahkamah bersidang.

Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA