Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 7, 2014

SELANGOR - AKHIRNYA WANITA JADI PILIHAN

Fikir berkali-kali, ada baik jugak mana-mana perempuan yang nak jadi atau yang ditonjolkan sebagai MB berdasarkan ilham yang tercetus selepas pekena nasi lemak tadi.

1. Sentuhan perempuan
maka beliau boleh masuk dalam itenari sehariannya, setiap pagi akan menjelajah rumah orang-orang tua dalam program menyuap makan minum.
lepas tu pergi rumah anak-anak yatim dan rumah ibu-ibu tunggal

2. Kepakaran perempuan
boleh membuka kelas masak memasak dan kulinari, jahit menjahit, menggubah bunga, melipat kain baju secara segera, pengandaman, tazkirah macamana nak bagi suami nampak hanya yang satu, tak nak cari dah perempuan lain.

3. Kelembutan perempuan
dengan kelembutan yang ada pada perempuan, jenayah boleh dikurangkan terutama kes rogol dan cabul, sumbang mahram, penutupan aurat, boleh muncul dalam TV selepas slot berita, sambil mendayu2 sambil menangis2 boleh merayu kek rakyat sesebuah negeri jangan bergaduh, jangan meragut, jangan merogol, negeri jadi aman

4. Air-mata seorang perempuan
Pembangkang akan terkedu lantas menarik balik segala soalan lisan atau tulisan apabila sang perempuan menangis teresak2 dalam Dewan. dengan itu segala permasalaah akan selesai, sambil mengesat air mata, sambil pembantunya menyelesaikan semua masalah yang dihadapi olehnya, beliau boleh balik kerumah dan berehat, hanya beri arahan melalui WA atau FB, SMS e-mail, atau video conferencing melalui ruang tamu.

5. Majlis Tahlil. Aqiqah, Tilawah dll
Beliau boleh adakan program bersama rakyat-rakyat perempuan sambil bersembang dan berceloteh sambil menunggu yang rakyat-rakyat lelaki habis program mereka
Keburukan yang diperoleh jika perempuan jadi MB atau PM hanya satu saja yang dapat dikongsikan di sini iaitu 'bajet kertas tisu' mungkin meningkat, tapi rakyat boleh mengimfakkan kertas tisu dan majlis perbandaran boleh buat kutipan 'infak kertas tisu' setiap hujung minggu
Ini hanya satu pandangan penulis Sekian,

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA