Puak Unity Government (UG) dalam PAS yang ingin menubuhkan kerajaan
campuran PAS - Umno di Selangor harus sedar diri sebelum terlambat.
Sebelum ini, mereka menganggap bersekutu dengan Cina DAP dan Melayu PKR
tidak mendatangkan kebaikkan. Oleh itu, apabila berlaku krisis
kepimpinan di Selangor puak UG berpendapat adalah lebih baik mereka
bersekutu dengan Umno bagi meneruskan kerajaan MB Khalid Ibrahim di
negeri itu.
Puak-puak ulama yang sering kali diingtakan oleh Mursyidul Am PAS Nik
Aziz agar jangan dipatuk dua kali ini kelihatannya seronok untuk dipatuk
berkali-kali.
Kali ini Umno Johor telah mematuk mereka. PAS mencuba untuk bermuktamar
di Johor dengan harapan Umno akan berlembut kerana mereka berjasa
menyokong Khalid Ibrahim di Selangor. Dengan berlanjutannya kemelut
politik Selangor, Umno berjaya mengkayakan kroni di Selangor menerusi
pembinaan loji Langat 2 dengan kos RM2 ? RM5 bilion.
Sepatutnya layanan kepada PAS lebih lunak di Johor. Apatah lagi puak UG
dalam PAS tidak henti-henti mengutuk Anwar dan menuduh pemimpin PKR itu
mengamal kronisme. Namun berapakah harga yang dibayar oleh Umno atas
jasa PAS ini?
Kucing kurap
Kosong. Umno tidak memandang pun jasa-jasa ustaz PAS membantai PKR dan
DAP. Mereka tetap dilayan seperti kucing kurap di Johor. Pada awalnya
PAS menyewa tanah Sutera Mall sebagai tapak muktamar ke 60. Tetapi atas
tekanan pihak ?ketuanan melayu? pengurusan Tanah Sutera Mall telah
membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75,000
pada 27 ogos 2014.
Akibatnya, lokasi muktamar di pindahkan ke Parit Raja, Batu Pahat.
Beratus-ratus perwakilan PAS yang telah menempah bilik di Johor Baharu
terpaksa membatalkan tempahan; PAS Johor terpaksa meratakan tanah milik
seorang ahli PAS sebagai tapak baharu dan perwakilan dalam muktamar
kelak terpaksa berhimpit-himpit dalam suasana serba kekurangan.
Kepada Nasrudin Tantawi bolehlah ditanyakan soalan adakah Umno boleh
dipercayai lebih daripada PKR dan DAP? Melihat apa yang berlaku di
Johor, ternyata layanan Umno tidak pernah berubah walaupun ustaz PAS
menghentam Anwar dan sekutunya setiap hari.
Umno jijik
Umno sebenarnya jijik kepada ulama PAS yang hanya tahu membaca kitab dan
berceramah. Sedangkan mereka ingin merompak kekayaan negara dan
memberikan kemakmuran kepada anak cucu serta saudara mara sehingga tujuh
keturunan. Amat pelik pemikiran sesetengah ulama PAS yang tidak
langsung sedar kejijikkan Umno kepada PAS ini, dan ingin pula
bersahabat.
Umno hanya akan bersahabat dengan PAS di Selangor sehingga pilihan raya
umum. Selepas itu mereka akan bertanding di semua kerusi PAS dan
komponen Pakatan Rakyat yang lain. PAS jangan mimpi mereka akan dapat
kerusi dari BN.
Jika PAS inginkan kerusi maka Umno akan mengenakan syarat, ulama PAS
mesti jadi seperti ulama Umno. Kerja mereka hanyalah membaca doa di
majlis rasmi dan jangan ikut campur soal pemerintahan. Buang jauh-jauh
angan-angan melaksanakan Hukum Hudud jika PAS mahu bekerjasama dengan
Umno. Jika tidak PAS akan ditendang seperti episod di Kelantan pada 1971
? 1978. Sama-sama menubuhkan Barisan Nasional tetapi selepas itu Umno
menghantar agennya memecahkan PAS kepada tiga parti; PAS, Hamim dan
Berjasa.
Bagi ulama muda PAS yang berada dalam puak UG fikirlah panjang-panjang
sebelum menulis dalam facebook menghentam Anwar dan mengimpi ingin
bekerjasama dengan Umno. Jika mereka ingin berfikir pendek maka lebih
baik tinggalkan PAS masuk Umno. PAS tidak memerlukan ulama yang ingin
jalan pintas untuk menjadi kaya-raya.
Oleh: Pukul Canang
No comments:
Post a Comment