Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 8, 2014

MAS - KINI RAKYAT YANG TANGGUNG.

MENGIKUT kiraan bulan, hari ini, 8 September 2014, genaplah enam bulan kehilangan tanpa kesan penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Dalam kiraan hari, sudah 185 hari.

Pesawat itu sepatutnya terbang dari KLIA ke Beijing tetapi berpatah balik dan teori umum mengatakan ia “hilang” di kawasan selatan Lautan Hindi. Namun sampai hari ini tidak ada siapa tahu di mana sebenarnya ia “menghilang” walaupun kelengkapan mencari paling canggih di dunia telah digunakan bagi mengesannya.
 
Seratus lima belas hari selepas tragedi MH370, penerbangan MH17 pula ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur dengan mengorbankan kesemua 283 penumpang dan anak kapal.

Dalam masa tidak sampai empat bulan, MAS dilanda dua tragedi luar biasa yang meragut 522 nyawa.

Nasib malang MAS tidak berakhir di situ sahaja. Secara teorinya ia sudah muflis (bankrupt). Ia terus beroperasi hanyalah kerana diselamatkan oleh kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad.

Dengan itu jadilah tragedi MAS tragedi kita semua. Kita bukan sahaja menanggung beban emosi dan beban malu, kita juga menanggung beban kewangan mega.

Untuk menyelamatkan MAS, Khazanah terpaksa membelanjakan RM6 bilion. Sebelum ini ia sudah pun menenggelamkan RM7 bilion dalam pelbagai operasi penyusunan semula yang tidak berhasil. Kemampuan Khazanah mengurus perniagaan kini menjadi tanda tanya.

Sejak mengambil balik 100% saham MAS sebulan lalu dan mengumumkan operasi penyelamatan, Khazanah telah masuk ke pasaran hutang untuk meminjam RM3.1 bilion. Tidak menghairankan kalau banyak lagi perlu dipinjam atau aset dijual.

Mohon maaf, bagi saya MAS sudah menjadi perigi buta tanpa dasar yang elok ditimbus sahaja dan Khazanah perlu disusun semula..

Al Fatihah dan takziah.
 Oleh A Kadir Jasin

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA