Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 2, 2014

NAJIB - TRAGEDI MH370 / 17 RKYAT PERLU MUHASABAH DIRI

PERDANA Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dipetik secara meluas sebagai berkata pada 23 Ogos bahawa semua pihak perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada tragedi kembar MH370 dan MH17.

Beliau berkata, di sebalik kesedihan dan hiba yang dikongsi bersama oleh semua rakyat, (kita) perlu juga melihat apa hikmat yang Tuhan telah tentukan di sebalik tragedi itu.

Utusan Online, antara lain, memetik beliau berkata: “Kita kena tambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah. Tetapi sebelum itu kita juga mesti berikhtiar serta berusaha kerana perkara itu dituntut oleh Allah.

“Bukanlah buat kenyataan yang lantang tetapi tiada hasil. Apa guna buat kenyataan yang lantang tetapi tiada hasil. Biar kita tidak keluarkan kenyataan tetapi hasilnya besar.''

Beliau berkata begitu ketika berucap di majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Pekan.

1. Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita hayati seruan Perdana Menteri kita itu. (Tambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah.)
2. Kita mintalah kepada “Menteri Agama” kita, Jamil Khir Baharom, supaya awasi dan perbetulkan apa yang tidak betul mengenai akidah dan amalan umat Islam Malaysia, bermula dengan anggota kabinet yang beragama Islam.
3. Jangan jadi “Menteri Agama” untuk panaskan kerusi dan mengiakan saja apa yang bos kata. Ulama tulen wajib bersuara dan bertindak “menambah keimanan dan ketakwaan” kepada Allah seperti yang PM sarankan.
Jamil Khir - Ulama Tulen Wajib Berani
4. Sebagai ulama Umno, beliau wajib bersuara dan bertindak dengan berani mencegah dan menghapuskan kemungkaran serta perbuatan bidaah. Apatah lagi SEANDAINYA hal seperti itu dilakukan oleh rakan-rakan beliau dalam kabinet dan dalam Umno.
5. Saya berkata begitu sebab saya kurang jelas tentang apa sebenarnya tugas “Menteri Agama” selain hal-hal pentadbiran, birokrasi dan protokol.
6. Saya tidak mahu burukkan lagi syak wasangka berkenaan akidah dan amalan para pemimpin dan pembesar Islam di negara kita. Saya harap apa yang mereka cakapkan kepada rakyat jelata (misalnya mengenai menambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah) itulah yang mereka lakukan.
7. Jangan pula seru rakyat jelata tambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah tetapi mereka sendiri percaya bomoh Siam, bomoh India, Kiai Indonesia, bomoh Burma, pawang dan nujum Pak Belalang, feng shui dan pembaca daun teh.
8. Saya terpaksa kata begitu sebab telah berlaku di mana pemimpin Umno dibunuh dan dipotong 18 kerat kerana percaya kepada bomoh untuk jadi kaya dan berkuasa.
9. Jadi saya harap peranan “Menteri Agama”, isu agama, akidah umat Islam, cabaran serta tuntutan agama-agama lain yang menyentuh Islam wajib menjadi antara tajuk utama perbahasan di semua peringkat persidangan Umno tahun ini.
10. Bercakap dan berbahaslah dari hati ke hati sebagai ahli parti yang berjiwa perjuangan dan bukan sebagai pemidato kerahan yang membaca skrip Ibu Pejabat atau sekadar memuji dan memuja, gelak dan ketawa, melainkanlah Umno sudah jadi parti bangsawan dan sandiwara.
Akadir jasin Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA