Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 1, 2014

TANGKAP - JALAN TERAKHIR UNTUK TERUS MEMERINTAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Putrajaya mengenakan dakwaan hasutan ke atas ahli politik pembangkang dan tangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai satu trend menyekat pembangkang di negara ini. Ketua pembangkang itu mendakwa Putrajaya sengaja mencari kesalahan sesiapa sahaja yang mempunyai kesan terhadap masyarakat. “Jelas sekali itu trendnya. Siapa sahaja yang nampak berkesan menyampaikan pandangan, mereka akan kena," katanya semalam. Anwar berkata demikian selepas merasmikan upacara pecah tanah sebuah sekolah agama di Guar Jering, Permatang Pauh, yang dibina dengan pembiayaan RM1.59 juta dari kerajaan Pulau Pinang. Mereka yang didakwa menghasut baru-baru ini termasuk Rafizi Ramli, N Surendran dan Tian Chua dari PKR, RSN Rayer dan Teresa Kok dari DAP, dan Khalid Samad (PAS).  Katanya, sesuatu yang hipokrit apabila pemimpin pembangkang didakwa di bawah satu kes yang "rapuh" sementara penyokong Umno dan Barisan Nasional yang membuat kenyataan yang jelas berunsur perkauman tidak dikenakan sebarang tindakan. Anwar mempertikaikan tindakan menangkap anggota 

PPS, terutamanya selepas mereka menyertai perbarisan rasmi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri semalam. Katanya PPS ialah usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat yang lebih baik dan ia selayaknya disokong polis dan kerajaan persekutuan. Mengenai dakwaan siasatan terpilih atas pembangkang, Anwar berkata tidak dapat menerima kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi polis hanya menjalankan siasatan dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. "Kalau begitu, ambillah tindakan terhadap peguam negara. Peguam negara mesti bertanggungjawab." Dia juga menyeru polis mengambil tindakan segera atas mereka yang membaling Molotov koktel ke kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada malam Sabtu, beberapa minit menjelang Hari Merdeka. Katanya, serangan itu tidak boleh dibiarkan begitu saja, lebih-lebih lagi ke atas pemimpin pembangkang, kerana ia bukan petanda yang baik bagi negara ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA