Sudah berapa kali Haji
Hadi lari dan menyembunyikan dirinya daripada bertemu dengan rakan-rakan
pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
Sampai Pemuda PR gi jumpa untuk memujuknya supaya mencari muafakat berunding menerusi MPPR menyelesaikan Isu MB Selangor dengan segera. Buruk benar kelaku orang tua nak kena pujuk oleh budak-budak muda! Cer baca status Suhaizan Kayat tu....
Satu insiatif yang patut dipuji sebagai langkah untuk mencari jalan penyelesaian yang harmoni sesama kawan dalam PR.
Langkah tersebut terpaksa dilakukan Suhaizad memandangkan keadaan semakin meruncing. Masing-masing pihak mahu bertekak tidak mahu mengalah.
Hj Hadi pula semedang tidak mahu menghadiri mesyuarat bersama MPPR. Aleh-alehnya Mat Sabu juga yang kena hamun!
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bermula dari 23 Julai lalu,tapi Hj Hadi gagal untuk menghadirkan diri. Hinggakan MPPR terpaksa menunggu PAS bermesyuarat untuk mendapatkan pendirian mengenai isu MB Selangor.
PAS janji lepas raya 10 Ogos akan bermesyuarat dan akan buat keputusan mengenainya. Belum sempat bermesyuarat, Hj Hadi sudah buat kenyataan terbuka menyokong Khalid Ibrahim dan mahu beliau terus kekal sebagai MB Selangor!
Mesyuarat AJK PAS dianjak ke 13 Ogos.MPPR terpaksa tunggu lagi. Kemudian PAS anjak lagi ke 17 Ogos. MPPR terpaksa melayan karenah PAS, tunggulah juga...
Tiba masa yang di tunggu, maka bersidanglah...ingatkan akan berlaku debat mempertahankan Khalid Ibrahim. Rupa-rupanya longlai menyerah kerana dua Adun PAS telah menyatakan sokongan kepada WAWI!
Muhaimin Sulam salah seorang AJK PAS Pusat yg bersama bermesyuarat tersebut mencatatkan sebagai berikut:
Keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Ali. Hj Hadi dan Mustafa setuju dan menyatakan tidak bercanggah dengan keputusan mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos yang menamakan WAWI sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.
Oleh sebab kuatnya desakan mazhab Zuhdi tu, maka PAS terpaksa buat mesyuarat lagi pada 25 Ogos.Mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuat pada 17 Ogos.
Entah berapa kali nak mesyuarat. Pada 7 Sept lepas pun mesyuarat lagi. Hj Hadi sekali lagi menghilangkan diri....Mesyuarat banyak kali tapi keputusan tetap sendiri juga yang dipakai?
Bayangkanlah, kerana tidak berpuas hati dgn keputusan mesyuarat pada 25 Ogos tu, Hj Hadi telah bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA.Dia hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tak siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut.
Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, kali ini barulah ada nama orang PKR...korang ceklah sendiri. Cuma aku nak catatkan di sini, betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya.
Korang ingat macam inikah kelaku seorang pemimpin sebuah gerakan Islam? Mesyuarat tak mahu pakai, mahu ikut kemahuan sendiri. La ni bertelagah pula dengan Luham! Bicara saman fitnah nanti suruhlah MSU jadi loyar kamu!
Contohnya terkini ialah program hari ini Sabtu13 September 2014 dimana Hj Hadi diminta menyampaikan ucapan dalam Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.Hj Hadi kata dia berhalangan.
Aku cuma teringatkan ada satu acara dalam sukan balapan yang dinamakan 'Lari Berhalangan'. Tapi setahu aku, tidaklah lari sorang-sorang diri....

Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.Mesyuarat petang itu telah memutuskan PAS hantar nama WAWI sahaja setelah Azmin Ali menarik diri. Ada sekelompok mazhab Zuhdi Marzuki bersungut dan marahkan Mohd Sabu. Mereka tak marah Hj Hadi yang ponteng mesyuarat petang tu...Naya Mat Sabu - dapat label Ayam Daging! Pasai apa Hj Hadi tak mau datang mesyuarat petang tu? Allah dan RasulNya sahaj yg tahu!
Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini.....
Keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Ali. Hj Hadi dan Mustafa setuju dan menyatakan tidak bercanggah dengan keputusan mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos yang menamakan WAWI sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.
Oleh sebab kuatnya desakan mazhab Zuhdi tu, maka PAS terpaksa buat mesyuarat lagi pada 25 Ogos.Mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuat pada 17 Ogos.
Entah berapa kali nak mesyuarat. Pada 7 Sept lepas pun mesyuarat lagi. Hj Hadi sekali lagi menghilangkan diri....Mesyuarat banyak kali tapi keputusan tetap sendiri juga yang dipakai?
Bayangkanlah, kerana tidak berpuas hati dgn keputusan mesyuarat pada 25 Ogos tu, Hj Hadi telah bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA.Dia hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tak siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut.
Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, kali ini barulah ada nama orang PKR...korang ceklah sendiri. Cuma aku nak catatkan di sini, betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya.
Korang ingat macam inikah kelaku seorang pemimpin sebuah gerakan Islam? Mesyuarat tak mahu pakai, mahu ikut kemahuan sendiri. La ni bertelagah pula dengan Luham! Bicara saman fitnah nanti suruhlah MSU jadi loyar kamu!
Contohnya terkini ialah program hari ini Sabtu13 September 2014 dimana Hj Hadi diminta menyampaikan ucapan dalam Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.Hj Hadi kata dia berhalangan.
Aku cuma teringatkan ada satu acara dalam sukan balapan yang dinamakan 'Lari Berhalangan'. Tapi setahu aku, tidaklah lari sorang-sorang diri....
Ehsan - al-husseyn
No comments:
Post a Comment