Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 13, 2014

KHALID DAH JUAL AIR SELANGOR UNTUK KL

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kos penstrukturan semula industri air bernilai RM7.45 bilion yang ditandatangani melalui perjanjian antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Putrajaya pagi tadi.

Beliau berkata, jumlah berkenaan bukan kos sebenar yang akan ditanggung rakyat Selangor kerana ia tidak termasuk kos mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd (Splash).

Katanya, ada kemungkinan rakyat Selangor akan menanggung bayaran lebih tinggi jika akhirnya bayaran kepada Splash yang dirunding atau diputuskan oleh mahkamah adalah lebih tinggi daripada tawaran awal.

"Tawaran terakhir Khalid kepada Splash ialah sebanyak RM1.851 bilion (tanggungan hutang dan pampasan liabiliti) iaitu hampir sama dengan jumlah RM2 bilion yang kononnya berjaya dikurangkan oleh beliau hasil perjanjian pada hari ini.
"Saya beranggapan kos sebenar hanya diketahui selepas pengambilalihan Splash selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan Selangor membuat tawaran asal penstrukturan semula industri air melibatkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air bernilai RM9.65 bilion.

Empat syarikat itu adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) dan Splash.

Tetapi Khalid mengumumkan perjanjian yang ditandatangani dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini hanya bernilai RM7.45 bilion melibatkan tiga syarikat konsesi sahaja tanpa Splash.

Ahli Parlimen Pandan itu turut meramalkan besar kemungkinan pengambilalihan Splash akan dikendalikan oleh Putrajaya sekiranya Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 digunakan, atau melalui rundingan terus.

"Ini bermakna kerajaan Selangor sudah hilang kawalan dalam menentukan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air, kerana rundingan dengan Splash akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau turut meragui sama ada kerajaan Selangor berkuasa penuh dalam pengurusan syarikat baru pemegang konsesi atau dikawal secara bersama dengan Putrajaya, termasuk aset negeri yang melibatkan tanah dan loji.

"Ada 1,001 soalan yang boleh ditanya selagi perjanjian ini sulit dan dirahsiakan," kata Rafizi sambil menasihati Khalid segera mendedahkan perjanjian itu kepada rakyat agar mereka dapat menilainya sendiri.

"Tindakan merahsiakan perjanjian dan merundingkannya di belakang wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak ubah sepertimana perjanjian konsesi dengan Syabas dan Puncak Niaga mula-mula dimeterai dahulu," kataya.

Tegasnya, selagi perjanjian ini dirahsiakan, rakyat hanya mampu meneka dan tidak boleh membuat sebarang penilaian mengenai baik atau buruk perjanjian itu.

"Ketidaktelusan inilah yang menimbulkan keraguan terhadap Khalid selama ini," katanya.

Beliau mendedahkan, Khalid sejak awal tidak pernah memaklumkan sebarang isi kandungan rundingan atau perjanjian walaupun Majlis Presiden Pakatan memberi mandat kepada tiga wakil setiap parti, iaitu Tony Pua (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) dan dirinya untuk meneliti isi kandungan dokumen.

Malah katanya, Majlis Presiden Pakatan pada 6 Mac lalu, yang dihadiri pemimpin atasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, juga memutuskan Khalid tidak boleh memeterai sebarang perjanjian tanpa persetujuan tiga wakil itu.

"Arahan itu telah diingkari berkali-kali. Oleh sebab itu, perjanjian yang dimeterai pada hari ini dibuat tanpa sebarang maklumat yang disampaikan kepada saya atau pun menerima sebarang maklum balas dari wakil Pakatan," katanya. ~tmi

2 comments:

  1. Apabila Pengarah Tragedi PKR bersuara...makin ramai orang meluat...

    ReplyDelete
  2. Masalah air selangor sebenarnya melibatkan:
    1. kekurangan sumber air akibat kaw tadahan semakin kurang.
    2. bekalan air di sungai tercemar akibat pembangunan tanpa kawalan.
    3. masalah semulajadi akibat jumlah hujan berkurangan.
    4. pembaziran air kerana paip uzur dan bocor/ pecah.
    5. eksploitasi pihak pengurusan air bagi mengaut keuntungan berlebihan.
    6. penawaran yang semakin mengecil akibat jumlah penduduk meningkat.
    7. penawaran mengecil kerana selangor menjadi pusat pembangunan.

    Berdasarkan masalah tersebut, bekalan air selangor dan lembah kelang perlu ditambah melalui cara:
    i. membeli air dari negeri lain yang mempunyai lebihan air seperti di pahang.
    ii. mencari sumber air baru seperti memproses air dari kawasan tasik atau air bawah tanah.
    iii. mengurangkan pembangunan di kawasan hutan semula jadi.
    iv. merawat air atau mengitar semula air.
    v. menyahgaramkan air laut (Jika keadaan terlalu mendesak)
    vi. menguruskan sendiri bekalan air negeri tanpa menggunakan orang tengah atau syarikat pengurusan air swasta.

    Justeru, perjanjian bekalan air selangor adalah wajar berdasarkan alasan di bawah:
    1. jumlah bekalan air Selangor perlu ditambah sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunannya yang memungkinkan pertambahan permintaan terhadap air.
    2. Bekalan air yang semakin kurang akibat perubahan iklim di rantau asia tenggara sehingga menyebabkan kemarau panjang dan jumlah hujan semakin sedikit.
    3. Keupayaan Pahang sebagai negeri yang agak kecil pembangunannya untuk membekalkan air kepada selangor.

    Langkah TKI wajar dihargai kerana:
    1. mengutamakan keperluan air kepada penduduk selangor/ lembah kelang mengatasi keperluan mengekalkan sejumlah RM9 bilion lebih harta selangor.
    2. mengutamakan kepentingan rakyat dan menyedari kesukaran rakyat sekiranya menghadapi masalah air yang berpanjangan.
    3. meminggirkan kepentingan politik demi mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat.
    4. memikirkan masa depan rakyat dalam mendepani permasalahan air dalam jangka masa panjang (100 tahun atau lebih)
    5. menyedari bahawa RM9 bilion sebenarnya hanya sekelumit kecil tabungan berbanding keperluan air kepada penduduk di negeri ini.
    6. keberanian TKI menongkah arus hanya kerana mengutamakan keperluan utama air kepada penduduk.

    Keperluan air kepada penduduk selangor juga boleh diatasi walaupun tanpa melakukan perjanjian air selangor. Berikut disenaraikan caranya:
    1. meminta rafizzi membekalkan air bersih kepada penduduk lembah kelang semasa berlakunya keputusan bekalan.
    2. memohon kepada rafizzi mengangkut air dari tingkat bawah ke tingkat 24 di semua rumah flat.
    3. memohon pakar strategi mengeluarkan lebih banyak air liur.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA