Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 1, 2014

PUASA - SAHUR BOLEH BANTU KITA

Tips sahur sihat elak lapar, dahaga dan lemah di Bulan Puasa Ramadhan. Sahur adalah sangat penting bagi umat islam untuk meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan pada siang hari. Tanpa sahur yang betul, badan akan mudah lemah dan tidak bertenaga.

https://lh6.googleusercontent.com/-FFfO_KZ3AGw/U66rU-_4BTI/AAAAAAAAEAE/inie_ONet94/s640/tips%2520sahur.jpg 

Tips Sahur Sihat Elak Lapar Di Bulan Puasa Ramadhan

1. Anda diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. 
Elakkan tidur yang berlebihan sehingga anda terlepas waktu sahur.
2. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya 
akan membuatkan anda cepat dahaga kelak.
3. Banyakkan minum air kosong atau air suam.
4. Elakkan makanan ringan ketika sahur seperti mee segera (Maggi), 
snek ringan dan sebagainya kerana ianya mengandungi terlalu banyak garam. 
Garam yang berlebihan akan menyebabkan anda ternyah hidrat.
5. Wajib memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, 
 protein seperti ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.
6. Dinasihatkan memakan 2 atau 3 biji kurma kerana kurma lambat dicerna 
atau dihadam. Kajian juga membuktikan bahawa 
kurma dapat menahan lapar dibulan Puasa.
7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda 
akan lebih cepat rasa lapar dan dahaga.
8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana
 ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.

Sekian sahaja tips sahur dari kami. Selamat berpuasa  
Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat islam di Malaysia.
melvister.com

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA