A Kadir Jentik Telinga Anifah Aman Dan Hishamuddin
Putrajaya perlu tegas terhadap rakyat Malaysia cemar nama negara
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 2 July 2014
Putrajaya
perlu tegas menangani kes warganegara Malaysia di luar negara
supaya
imej negara tidak terjejas, kata bekas Ketua Pengarang NSTP,
Datuk A
Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider
Putrajaya
seharusnya tegas dalam menangani warganegara Malaysia yang melanggar
undang-undang di luar negara kerana disebabkan sekelompok kumpulan
sedemikian, nama baik seluruh warga Malaysia akan terjejas, kata Datuk A
Kadir Jasin.
Bekas Ketua
Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu dalam laman blog
miliknya, The Scribe berkata, kementerian dan menteri yang berkenaan
seharusnya mempunyai pendirian tegas dalam kes sedemikian.
"Khusus buat para menteri, sila buktikan yang anda ada tulang belakang.
"Jangan biarkan 1Malaysia terpalit kotor akibat beberapa kerbau yang bawa lumpur," katanya.
Kadir berkata
demikian sebagai mengulas insiden seorang anggota Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) yang dikenali sebagai Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman
Ismail yang bertugas di Suruhanjaya Malaysia di New Zealand dituduh
pecah rumah dan mencabul kehormatan.
"Masya-Allah! Kalau betul dakwaan kerajaan New Zealand itu, malu besarlah kita. Melayu dan Islam pula tu!," katanya.
Kadir berkata,
kerajaan New Zealand dan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang
sangat baik dan negara itu juga sering memberi bantuan kepada Malaysia
sejak 1949 termasuk memerangi komunis.
"Kalau orang Islam dan orang Melayu tidak mahu terpalit dengan lumpur akibat peristiwa ini, mereka wajib mengutuknya," katanya.
Beliau berkata,
jumlah rakyat Malaysia yang mengotorkan nama negara di luar juga
semakin bertambah, atas pelbagai kesalahan seperti menyeludup dadah dan
hidupan liar.
"Ada yang
ditangkap kerana menipu kontrak, menjadi anggota sindiket judi dan
pelacuran, ada juga yang dipenjarakan kerana mendera anak," katanya.
Memetik laporan
Bernama, Kadir berkata, dalam tempoh enam bulan pertama 2012, seramai
2,500 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara atas pelbagai
kesalahan.
"Antara
kesalahan yang dilakukan ialah menyeludup dadah, membunuh, memalsukan
kad kredit, kesalahan komersial, mencuri, kesalahan imigresen, menipu
serta memalsukan dokumen, dan penyeludupan manusia."
Katanya, Wisma Putra juga harus dikutuk sekiranya tidak mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.
Pegawai Waran 2, Muhammad Rizalman Ismail
"Saya cabar
Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri
Hishammuddin Hussein) agar bertindak tegas demi membersihkan nama
negara.
"Saya kenal siapa kedua-dua menteri itu.
"Jadi bapak-bapak menteri dan bapak-bapak jeneral tolonglah tunjuk kesungguhan dan profesionalisme.
"Janganlah lembik, lembut dan apologetik tidak kena tempat," katanya. – 2 Julai, 2014.
Posted by
mountdweller
at
2:48 PM
No comments:
Post a Comment