Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 23, 2014

PEMIMPIN SENANG RAKYAT TERHIMPIT


Pergeseran antara rakyat dengan pemimpin kini mula menunjukkan rasa kurang senang, rakyat mula mempertikaikan " kehebatan " pemimpin, rakyat juga mula merasa perlunya kemewahan mereka di " ungkit " bukan kerana apa, kerana rakyat marhain masih ramai yang hidup " segan mat tak mau " Kita boleh lihat sama ada kepimpinan dari sudut parti mau pun mereka yang berlegar di institusi istana.

Di paparkan satu kisah dari Johor 

Peringatan buat Sultan dan TMJ Johor:
Jangan sampai rakyat membenci kalian !!


Kerajaan Rakyat
Bukan durhaka bicara kata
Bicara saya menjaga tahta
Jangan Tuanku cuba berdusta
Sabar rakyat ada batasnya.
- Mohd Sofi Yassin.
- Kerajaan Rakyat.

Secara peribadi, jujur saya katakan; saya masih tidak dapat memahami apakah faedah Institusi kesultanan Melayu kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya?

Benar, dalam perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri (negeri bersultan) rakyat perlu menghormati raja. Malah, Islam sendiri menuntut umatnya menghormati pemimpin yang berwatak dan bertindak menurut lunas-lunas kepimpinan yang dianjurkan dalam Islam, bukan sepertimana yang diamal dan dilakukan oleh kebanyakan pemimpin negara dan sultan / raja-raja di negara ini.

Kecuali sultan Kelantan, kebanyakkan sultan dan anak beranak mereka gagal menjadi contoh kepada rakyat dalam penghayatan budaya Islam sekalipun mereka diwartakan sebagai ketua agama Islam.

Sultan Johor Darul Takzim
Lebih dari itu Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dan anaknya, Tunku Ismail atas kedudukannya sebagai Tunku Mahkota Johor yang sepatutnya menurut undang-undang tubuh negeri bertindak sebagai payung kesejahteraan rakyat turut gagal merealisasikan maksud tersurat "Payung Kesejahteraan Rakyat"!

Kenapa harus sultan dan bakal sultan yang sarat dengan segala kemewahan hidup yang dibiayai atas keringat dan keperitan hidup rakyat masih lagi menggunakan kedudukannya untuk mengumpul harta dan kekayaan peribadi?

Saya, Mohd Sofi Yassin dengan rasa rendah diri mohon menitipkan pandangan peribadi agar Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dan anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail berpada-padalah dalam menambah dan mengumpul harta dunia kerna sikap itu pada pengamatan saya punya kemungkinan yang amat nyata akan menjurus kepada kebencian rakyat terhadap institusi Kesultanan Melayu seluruhnya, khasnya di negeri kelahiran saya, Johor Darul Takzim.

Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.

Dalam satu pengumuman pada September tahun lalu oleh firma Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.

Ia timbul selepas beliau menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta (RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki pegangan 30 peratus.

Jualan tanah itu sahaja menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.

Individu dalam senarai ke-50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan nilai harta sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman kepada SGX, 70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura, Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.

"Ia terletak di kawasan mengadap laut, hanya beberapa ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin baru Johor, yang memberi kemudahan kepada warga Singapura untuk mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.

Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.

Pada Mac, adik kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21 menandatangani memorandum persefahaman dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.

Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing akan dibatalkan lesennya.

Di Johor, Tunku Ismail memiliki kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.

eshan - kerajaan rakyat blogspot

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA