Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 24, 2014

ASTRO - ROSAKNYA MASA KINI KERANA MU





GAMBAR HANYA HIASAN






kalau kita ingin berbicara kaitan dengan disiplin remaja masa kini sudah tentu seolah-olah kita tidak mau masyarakat remaja menikmati " kemodanan zaman " masa kini, kita tidak menjadikan Alquran dan perundangan sebagai garis panduan untuk " kemodanan " tersebut sebaliknya,kitab tersebut perlu mengikut kehendak " kemodanan " pula. 

Kita boleh lihat sendiri bagaiana " Melayu Islam " sendiri menolak hukum yang tercatat dalam ktiab - " hudud " kenapa jadi bagini? Kita perhatikan generasi mana yang paling teruk di landa " PERMASALAHAN " gulongan mana yang ramai sebagai penagih, sebagai pengisi di pusat-pusat penjara, anak gadis mana yang ramai buang bayi, remaja mana yang ramai di pusat SERENTI,  banyak lagi persoalan yang meletakkan REMAJA MELAYU kini sudah hilang hala tuju, sudah tidak lagi mengindahkan apa yang tercatat dalam alquaran, mereka juga sudah tidak mengamalkan tunjuk ajar yang ada dalam alquaran.

TAk perlu di nyatakan apakah program dan tayangan yang kini sudah di tahap melampau, lihat sahaja KILAUAN MAS - orang tua jadi mangsa, lihat sahaja MAHARAJA LAWAK - semua generasi tak kira tua muda sudah mula lupa daratan, lihat sahaja rancangan realiti -  semuanya Melayy yang terlibat. program agama cuma seperti " melukut di tepi gantang "

Siapakah agen-agen yang terus menerus merosakkan " pekerti " remaja masa kini?

 Oleh HASWANI HASSAN DEWASA kini terdapat pelbagai gejala tidak sihat terus bernanah menjadi ‘penyakit masyarakat’.Banyak pihak menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai cara atau kaedah bagi membendung permasalahan ini.
Bagaimanapun, usaha itu tidak meninggalkan kesan dan masyarakat terus diganggu kes culik, bunuh dan rogol bukan saja di kalangan dewasa, malah kanakkanak bawah umur. Jika keadaan ini dibiarkan, akan membawa kesan kepada pembangunan bangsa Malaysia yang sedang bangkit menuju kemajuan.

Strategi mencapai tahap negara maju yang diimpikan dalam wawasan perdana memerlukan kerjasama semua pihak bagi menjana kemajuan seiring proses pembangunan rohani masyarakat. Nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim.

Tanggungjawab itu bergantung kepada keupayaan diri seseorang.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Sesuai keadaan mengejar kemajuan yang begitu drastik, wajar kesedaran semua pihak dipertingkatkan memandangkan kemajuan yang dicita-citakan adalah tanggungjawab bersama. Justeru, tugas membendung dan membanteras gejala sosial perlu dipikul bersama.

Hadis Rasulullah menyatakan setiap mukmin perlu membuat teguran dan perubahan kepada sebarang bentuk kemungkaran yang berlaku depan mata sama ada dengan lidah, tangan dan jika tidak mampu, dengan bisikan hati menyatakan kebencian dan kejelekan terhadap kemungkaran yang berlaku.

Ibu bapa dan penjaga anak dalam usia remaja, pengawasan ketat dengan kebebasan fleksibel perlu dirangka dan dilaksanakan bagi mengelak mereka mudah terjerumus ke dalam pelbagai gejala sosial yang tidak langsung mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Bukan setakat mengawasi dan mengawal pergerakan mereka, ibu bapa perlu mengisi kehidup an berkeluarga dengan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan diiringi nilai kasih sayang yang berpanjangan.

Anak memerlukan perhatian dan bimbingan ibu bapa. Justeru, jika ibu bapa dengan sengaja atau tidak, mengabaikan tanggungjawab kerana sibuk mengejar kemajuan diri dan keluarga tanpa mempedulikan anak, siapakah yang harus dipersalahkan?

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kamu melakukan yang makruf dan menegah perkara mungkar. Sebelum (sampai masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu meminta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Masyarakat setempat hendaklah sensitif dengan keadaan sekeliling dan saling membantu menjaga kebajikan serta keselamatan sesama jiran. Amalan ini mungkin dianggap lapuk, tetapi perlu dihidupkan semula. Pihak berwajib seperti anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu berbincang dan berganding bahu mewujudkan pusat pengajian al-Quran dengan segala kemudahan seperti pengangkutan untuk anak-anak.

Sejak awal lagi anak perlu ditanam supaya membenci segala bentuk kemungkaran dan mencintai yang makruf. Didikan awal inilah yang biasanya melekat dalam sanubari mereka. Apabila dewasa, mereka akan mudah menolak segala bentuk kemungkaran kerana ada nya benteng daripada dalam diri.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah ia menuntut ilmu.”

Sesuai dengan sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad,” maka proses pendidikan yang kuat dan mantap akan menjamin program jangka panjang itu berhasil.

Kesimpulannya, golongan dewasa perlu menunjukkan qudwah hasanah dengan berakhlak mulia supaya dapat diteladani anak muda ini. Mereka perlu berpe ranan sebijak mungkin dan menyedari kedudukan sebagai pembina sahsiah anak, bukannya perosak dan peruntuh.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA