Gambar menunjukkan laluan penerbangan MH17 yang didakwa diubah suai agensi berita RT |
Menurut laporan Open Newsroom (http://sy4m.co/GOpenNewsroom), sebuah
laman perkongsian maklumat kewartawanan, Martin Walther berkata, laporan
RT itu adalah sebahagian propaganda Russia dalam mengubah data sebenar
dengan melaporkan data palsu kepada awam.
“Gambar yang diambil dari siaran RT itu salah sama sekali. Apa yang
mengejutkan, sumber RT gunakan adalah dari laman Flightaware.com
manakala laman flightradar24.com menunjukkan sebaliknya.
“Flightaware kekurangan data untuk Ukraine kerana mereka tidak mempunyai
penerima (receiver) bagi kawasan itu (http://flightaware.com/adsb/),”
katanya di ruang perkongsian terbabit.
Menurutnya, RT menggunakan sumber yang tidak mencukupi dan salah sama
sekali. Berpunca daripada itu, maklumat salah kemudian diterima
masyarakat dunia bahawa MH17 menggunakan laluan berisiko.
RT, yang sebelum ini dikenali sebagai Russia Today, adalah sebuah
saluran TV berita pelbagai bahasa berpusat rangkaian di Russia,
membentangkan berita, dokumentari, bual bicara dan perdebatan serta
berita sukan.
Ahmad berkata, memang benar apa yang diperkatakan di Open Newsroom
bahawa data Flightaware.com yang dijadikan rujukan dalam laporan
berkenaan hanyalah anggaran kerana bergantung sepenuhnya kepada Global
Positioning System (GPS).
"Malah semua data dalam talian ini boleh diubah suai pihak tertentu
selepas pesawat tidak merekodkan laluan penerbangan," tegasnya.
Justeru, adalah tidak beretika jika agensi berita hanya menggunakan
sumber lemah seperti itu untuk menjual teori mengatakan laluan digunakan
MH17 adalah di luar kebiasaan.
"Kita harus sedar bahawa ini adalah konflik geopolitik membabitkan
Russia, Ukraine dan pemberontak. Oleh itu, pasti ada usaha untuk cuba
menutup kesalahan atau kelemahan masing-masing.
“Tambahan pula, pasukan siasatan awal menghadapi pelbagai kekangan untuk
menyiasat lokasi kejadian dan ini menambahkan kecurigaan kita, " kata
bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia
itu.
Beliau menegaskan, MAS tidak harus dipersalahkan kerana menggunakan
laluan udara berkenaan namun mempersoalkan tindakan Kerajaan Ukraine
yang tidak menutup terus ruang udara di lokasi kejadian selepas berlaku
beberapa insiden sama sebelum ini.
~hmetro - addin
No comments:
Post a Comment