KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal antara enam yang ditahan kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Sulu dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah hari ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menamakan anggota polis sebagai Koperal Zainuddin Mislani.
Turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin; dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55. Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata operasi itu turut menyaksikan penahanan Sitti Nukah Abdul Lama, 56, yang juga isteri Kassim.
"Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas," katanya.
Khalid berkata polis turut merampas kad keanggotaan dan sijil pelantikan 'panglima' kesultanan Sulu, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa bilah senjata tajam. "Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Pada Februari tahun lepas, sekumpulan pengganas bersenjata menceroboh Lahad Datu dan berlaku pertempuran yang mengorbankan nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia, iaitu lapan polis serta dua tentera. - Bernama
Andaian dan apa yang terjadi kepada PDRM mungkin memberikan " kemudahan " kepada kumpulan pengganan untuk mencerobohi sempadan kita dengan mudah dalam kes insiden Lahad Datu tu?
Mungkinkah " kemudahab " kerana adanya penglibatan cara langsung dari anggota polis yang bersubahat sama. Macam mana la boleh terlantik ahli pengganas sebagai pegawai polis? Kalau mereka neh warganegara Malaysia tergamak ke nak tolong orang luar rampas negeri Sabah?
Untuk itu dengan laporan dari KPN sendiri pihak PDRM kena dedahkan ;
1. Status warganegara anggota polis yang ditahan.
2. Adakah dia PATI? Atau warganegara?
3. Jika dia ialah warganegara maka apa rasionalnya menganggotai kumpulan pengganas Sulu?
4. Jika dia bukan warganegara, macam mana dia boleh menjadi anggota polis?
Dari Bloq AMENO WORLD.
4 dari 6 Disyaki Pengganas Sulu Yang Ditahan Polis Boleh Mengundi -
PDRM Perlu Jawab!
Lihat yang tersebar di laman maya ;
Sejujurnya aku tatau dari mana dia dapat akses pangkalan data mengenai no IC yang dimiliki oleh pengganas2 Sulu tersebut. Mungkin disebarkan oleh POLIS. Aku tatau.
Dan lihat ;
Jap.
1. Polis baru2 ini telah menangkap sekumpulan individu yang disyaki pengganas.
2. Salah seorang darinya dilaporkan berkhidmat sebagai pegawai polis. Nama dia Zainuddin Mislani. Lihat gambar.
3. Dalam polis pun ada pengganas? Mak ai. Rujuk sini.
4. Kalau korang klik link rujukan di no (3) korang akan nampak ada nama2 individu yang ditahan.
5. Dalam ayat tersebut ada dinyatakan seseorang bernama Kassim Ibrahim disyaki sebagai pendatang tanpa izin.
6. Dan yang turut sama ditahan ialah anak kepada pegawai polis tersebut.
7. Nama wanita dalam gambar di atas merujuk kepada isteri, Kassim.
8. Yang mahu diketahui oleh rakyat ialah, adakah mereka2 ini memang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan pengganas?
9. Ataupun mereka ialah warga asing yang mendapat IC dengan cara yang salah?
10. Jika mereka memang rakyat Malaysia atas sebab apa mereka terlibat dengan kumpulan pengganas yang mahu menawan Sabah?
11. Jika mereka ialah warga asing yang mendapatkan IC dengan cara yang HARAM, macam mana salah seorang dari mereka boleh terlepas proses screening yang ketat sehingga terpilih menjadi pegawai polis?
Yang neh POLIS kena dedah. Jangan bagi masyarakat buat speculate. Orang awam khususnya rakyat SABAH perlu tahu apa yang sedang berlaku.
KESELAMATAN sentiasa menjadi isu utama bagi penduduk2 di Sabah. PATI sentiasa menjadi MASALAH mereka sejak zaman berzaman.
Sampai satu tahap mereka sendiri hidup diburu rasa takut apabila PATI terlalu ramai. Bahkan yang menyamar jadi warga Malaysia pun ramai. Masih ingat kes rompakan bersenjata di Ambank yang mengorbankan salah seorang staff Ambank yang kecoh tahun lepas? Hah..nampak tak bagaimana longgarnya tahap keselamatan kita sehinggakan sesiapa pun boleh memiliki IC palsu dan membolosi undang2 negara.
Jadi, POLIS perlu jawab la.
Apsal ada anggota polis sendiri terlibat dengan kumpulan pengganas. Jika pengganas pun menyamar jadi polis, apalagi nak diharapkan pada tahap keselamatan negara kita, betul?
Lue fikirlah sendiri. AMENO WORLD.
Kbai.
PELIK SUNGUH LE DIMALAYSIA.NI.POLIS KINI KATA MALAYSIA CUKUP BAHAYA DENGAN MILITAN.APAKAH NEGARA INI BERPANDU BAHAYA NYA HANYA PADA MILITAN SAHAJA.MACAMANA DENGAN EKONOMI NYA,MACAMANA DGN TADBIR URUS NEGARA YANG CUKUP KUROP DAN RASUAH.MACAMANA DENGAN PENJENAYAH YANG TERDIRI DARI ORANG BESAR NEGARA TERMASUKLAH KES ALTANTUYA YANG MANA PIHAK POLIS ADA BERKAITAN.KADANG KADANG TADBIR URUS SEMUA INI SUDAH ROSAK MENJADI HANCUR.CUBA KITA AMBIL SEDIKIT CONTOH YANG MANA AMAT SENANG KITA JELASKAN PADA PEMIKIRAN KITA.CONTOH INI TENGAH SIBUK HAL BOLA KITA AMBIL CONTOH .TAHUN 1972 PASUKAN MALAYSIA BERJAYA KEOLOMPIK KALAH DGN JERMAN TAPI MENANG DENGAN AMERIKA.TERKINI AMERIKA SUDAH JAUH MENINGGALKAN KITA.APA YANG BERLAKU.AMERIKA BOLEH LANYAK HINGGA KEPUSINGAN KEDUA.DIMANA KITA?DUIT KALAU DIKIRA DARI TAHUN 1972 HINGGA KINI FAM AGAKNYA DAH HABIS BERBILIION RINGGIT AGAKNYE TAPI KEDUDUKAN BOLASEPAK NEGAR MEJUNAM SETERUKNYE.SEBALIKNYE AMERIKA DARI TAHUN 1972 HINGGA KINI TELAH BERJAYA.PIALA DUNIA WALAUPUN TIDAK MENJUARAI NYA AKIBAT KEKLALAH DENGAN JERMAN 1-0.BEGITU JUGA DENGAN POLIS.APA MASSALAH NYA YANG TIMBUL.KALU BACA UTUSAN RAMAI KAKITANGAN KANAN POLIS YANG ADA BERKAITAN DENGAN JENAYAH.KITA SEBAGAI RAKYAT NEGARA INI PUN RASA AMAT TERHARU BERITA SEBEGINI RUPA KITA BACA.SENANG SAJA KALU RASA TAK NAK KERJA DENGAN BAIK CONTOH MACAM DALAM BOLA SEPAK TADI BAIK UNDURKAN DIRI SAJA BAGI ORANG LAIN YANG BERMINAT SERTA MEMPUNYAI SIFAT TANGUNGJAWAP YANG TINGGI.
ReplyDelete