Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Chik mempersoalkan
kenapa Pas boleh menyokong Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP sedang parti
itu menolak hukum hudud.
Kata Shabery juga, Pas mengambil Islam sebagai topeng dan ia bukan
sebuah parti Islam tulen. Katanya lagi Pas tidak mempunyai prinsip dan
ideologi yang tetap selain senantiasa merarucni pemikiran dan memecah
belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka.
Aduh sedap berkata-kata tanpa menilik apa yang ada di kaki sendiri.
Apakah Umno tidak merupakan agen memecahkan perpaduan rakyat? Bukankah
Umno mengamalkan dasar dive and role yang diajarkan oleh penjajah?
Untuk menjustifikasikan dakwaannya beliau mengungkit Pas gagal
melaksanakan hudud sedangkan Malaysia sudah diikhtiraf oleh negara OIC
sebagai negara maju. Shabery hendak menunjukkan yang Umno lebih Islamik
dari Pas.
Mudah sahaja kita nak tanya apakah setiap negara di ikhtiraf oleh OIC
itu ia merupakan negara Islam tulen. Apakah lesen atau kapisiti OIC.
Tampaknya dalam memahami akan status atau pun kedudukan OIC ini menteri
itu kabur. OIC hanya sebuah pertubuhan negara-negara yang memperakui
diri mereka Islam. Tidak lebih daripada itu.
Cuba jenguk ke dalam negara-negara berkenaan macam mana dengan kebajikan
rakyat, ekonomi, keselamatan, ketelusan dan kebersihan dalam
pentadbiran dan sebagainya. Apakah bila Malaysia masuk dalam OIC ia
menjadi sebuah negara Islam syumul?
Saya tidak fikir pengetahuan atau politik Shebery secetek itu, sama
tinggi dengan veteran Umno bernama Mustapa Yaakub yang mendesak
Setiausaha Agung Umno supaya pecat ibu Dyana, Yammy Samad kerana Yammy
menyokong Dyana. Apakah veteran berkepala botak itu tidak memahami
perasaan di antara ibu dengan anak yang tidak boleh dipisahkan oleh tali
politik? Gong.
Mengenai sokongan Pas kepada Dyana, apakah Shebery tidak faham bahawa
Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat. Sebagai rakan Pas harus gentlemen
menyokong rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Kedudukan dan pendirian Pas
samalah dengan kedudukan dan pendirian Umno terhadap rakannya dalam BN,
seperti Gerakan dan MCA dan lain-lain.
Sokongan Pas kepada Dyana samalah dengan sokongan Pas kepada Ramkarpal
Singh di Bukit Gelugur. Kenapa Shabery tidak persoal pula sokongan Pas
di Bukit Gelugur? Apakah kerana kehadiran Dyana Sofya di Teluk Intan itu
akan membunuh harapan Umno menjadikan Umno akan tewas tiga kali dalam
masa tidak sampai empat bulan?
Kita hendak tanya apakah bila kerana Mah Siew Keong calon BN itu tidak
menyokong dasar atau prinsip Umno, maka Umno perlu menolaknya dalam
pilihan raya. Tentu tidak bukan? Umno atau Shabery akan menyokong Mah
Siew Keong sampai keluar air hidung dan bersyarah hingga berbuah mulut
tanpa dihalang oleh warna kulit kerana Gerakan parti Mah Siew Keong itu
adalah kerabat mustajab Umno dalam BN.
Itulah ada standard dalam politik. Soal DAP menolak hudud itu dan Dyana menyatakan dia tidak akan sokong kalau Pas kemukakan private bill itu
perkara lain dalam konteks pilihan raya dan maufakat. Hey Shabery Islam
terlalu seni dan adil, bukan bermakna kalau anda pegang botol arak anda
sudah kemabukan. Menolak hudud itu adalah hak DAP, sama dengan hak PAS
menolak pendirian-pendirian lain DAP dalam agama dan bangsa tetapi
selagi persapakatan wujud mereka harus saling sokong menyokong.
Kalau hendak diambil kira dan menuduh Umno juga sama degan DAP jika
berpandukan kepada apa yang berlau dalam Dewan Undangan Terengganu yang
dikuasai Umno dimana dewan itu telah tolak hukum hudud. Apakah dengan
apa yang berlakukan DUN Terengganu itu menggambarkan sikap dan wajah
keseluruhan Umno? Ia juga menggambarkan hati budi Shabery Chik.
Begitu juga dengan sikap Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan dan
sikap Gerakan dan MCA di dalam BN. Apakah didalam BN itu Umno menyokong
dan bersetuju seratus peratus dengan kehendak Gerakan dan MCA? Tidakkan?
Misalnya Cina tetap mahukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diwujudkan,
manakala Umno inginkan satu sekolah sahaja, venkular. Apakah kerana
perbezaan itu menyebabkan Umno tidak akan sokong MCA atau Gerakan.
Tidakkan?
Kepada Shabery carilah isu lain yang lebih ampuh kalau pun hendak
'gerodok' Pas. Biarlah isu-isu yang berkualiti dan memperlihatkan
kematangan kita berpolitik. Politik era ini bukan lagi politik era
sebelum 13 Mei, atau pun politik dizaman mulut belengah, dimana orang
Melayu perlu melihat Cina dengan penuh kebencian dan sebaliknya. Politik
hari ini politi realistik bukan politik rasis dan emosional sehingga
membawa kepada kebodohan seperti dua tiga buah Ngo.
Sebagai seorang menteri dan pemimpin pelapis Umno kalau masih terus
membawa politik titik bengik dan hujah yang tidak berpengkalan kepada
dasar sebenar, malanglah negara ini bermenterikan tuan sebagai seorang
menteri. Tidak anihlah kalau kabinet di zaman Najib Razak ini seperti
kabinet "kerengga" sahaja. [wm.kl.12:47 pm 22/05/14]
Kabinet bodoh seperti inilah yang dicari oleh kepimpinan UMNO dari dulu kini dan selamanya serupa juaga seorang Ahmad Maslan bengong dan bengap cakap tak berfikir akal dan otak diletaknya dikepala lutut, semua menteri sebigini mudah diarah untuk bercakap sebab menteri yang cerdik memperkudakan mereka untuk bercakap lepas itu yang menjadi mangsa Parti UMNO yang memang dan hilang arah.
ReplyDelete