Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 1, 2014

PIALA THOMAS - SIAPA IZUAN

Biodata Izuan Ibrahim jurulatih badminton Jepun seorang warganegara Malaysia. Nama Izuan Ibrahim kini semakin melonjak naik apabila pasukan Jepun telah menjuarai dan menewaskan Malaysia dalam perlawanan Piala Thomas 2014. Disebalik kejayaan Jepun, sesiapun langsung tidak menyangka bahawa jurulatih pasukan Jepun itu adalah orang Malaysia sendiri. Untuk info, Izuan Ibrahim adalah jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota.
  

Biodata Jurulatih Jepun Warganegara Malaysia
Nama Penuh: Izuan Bin Ibrahim
Umur: 30 Tahun
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1984
Asal: Kelantan
Warganegara: Malaysia

Pekerjaan Terkini: Jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota
Kisah Perjalanan Kareer Izuan Bin Ibhrahim



Izuan Ibrahim merupakan bekas jurulatih Nusa Mahsuri dan kini berkhidmat sebagai jurulatih Persatuan Badminton Ehime. Juga menjawat jawatan jurulatih Pasukan Kebangsaan Remaja Jepun. Mula berminat badminton ketika berumur 11 tahun. Ketika berumur 14 tahun di sekolah menengah, Izuan mula melebarkan sayapnya sebagai pemain badminton dengan menyertai pasukan negeri Kelantan .Setelah tamat pengajian, Izuan berkhidmat sebagai guru di Selangor dan dalam masa yang sama, menyertai kelab Nusa Mahsuri sebagai pemain.

Pernah menyertai Japan Open 2001(juara) dan Roslin Hasyim serta Hafiz Hasyim antara rakan sepermainan di Nusa Mahsuri. Pernah mendapat khidmat Misbun Sidek dan kemudian menjadi jurulatih di Nusa Mahsuri. Izuan pernah menjadi jurulatih untuk pasukan bawah 16 tahun Selangor, bawah 19tahun pasukan kebangsaan. Malah pernah menjadi jurulatih kepada Ramdan Misbun hingga membawa kepada kejayaan pada tahun 2009 di Kejohanan Dunia Remaja. Disamping itu turut bertanggungjawab dalam penyertaan pasukan remaja di Terbuka Malaysia, Terbukan Surabaya, Taiwan dan juga Terbuka Thailand.

Pada 17 February 2011 Izwan Ibrahim dan Salim Samion telah ditawarkan untuk berkelana di Jepun sebagai jurulatih dan Persatuan Badminton Ehime menjadi tempat yang dituju.

Gambar Izuan Ibrahim Jurulatih Jepun Warganegara Malaysia



 
pen patah

2 comments:

  1. adakah dia bakal dilabelkan 'pengkhianat' oleh brahim ali?? hehehe

    ReplyDelete
  2. india mengejutkan,jadi pesaing berat

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA