Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 3, 2014

CARDBURRY - HALAL - JAKIM



Pengguna Islam mahu prosedur penentuan produk halal diperhalusi

Beberapa pengguna Islam menggesa kerajaan mengatasi apa yang dilihat sebagai "kecelaruan" dalam penentuan status halal produk makanan susulan pengumuman dua produk coklat susu Cadbury, yang sebelum ini dilapor mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, kini disahkan tiada bahan itu.

Mereka mahukan perkara itu diberi perhatian bagi mengelak kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam berhubung produk makanan.

Eksekutif swasta, Nurdzuladlina Masehat, 27, berkata perlu ada keseragaman dalam membuat ujian ke atas produk makanan bagi mengelak perbezaan keputusan yang hanya mengelirukan pengguna.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu membuat pemantauan mengejut secara lebih kerap ke atas pengilang atau pengusaha yang mendapat sijil halal bagi memastikan piawaian halal itu sentiasa dipatuhi,"
katanya.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada DNA babi.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat itu mengandungi DNA babi.

Jamil Khir berkata kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam.

Peniaga, Siti Muzaimah Elias, 39, pula berpendapat kenyataan terbaharu mengenai coklat itu seolah-olah membayangkan status halal di negara ini diperkotak-katikkan.

"Sekejap ada, sekejap tiada (DNA babi). Macam mana tu? Apapun saya beranggapan coklat berkenaan sebagai makanan syubhah, maka saya sekeluarga tidak akan memakannya lagi di masa depan,"
katanya.

Pemilik pasar raya mini, Zaleha Kasim, 67, berkata pengumuman kerajaan mengenai coklat itu memberi kelegaan kepadanya, namun berharap Jakim perlu meyakinkan pengguna bahawa syarikat pengeluar produk itu benar-benar mematuhi standard halal yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata terpulang kepada pengguna Islam untuk membuat keputusan susulan pengumuman terbaharu mengenai coklat itu.

"Biarpun telah ada satu keputusan yang dibuat, terpulang kepada pengguna. Kalau masih ragu-ragu, tidak perlu makan," katanya.

Menurutnya perbezaan keputusan yang dibuat Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga menimbulkan keraguan sedangkan sampel diambil daripada produk keluaran yang sama.

"(Analisis) kena buat dengan teliti, ambil masa tidak apa asalkan pengguna ada satu keputusan jelas terhadap produk," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, PPIM berkata boikot pengguna ke atas produk keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd diteruskan selagi Kementerian Kesihatan tidak menafikan kenyataannya sebelum ini yang mengesahkan kewujudan DNA babi dalam dua produk berkenaan.

Di Labuan, Pengarah Urusan Sky Park Sdn Bhd Datuk Francis Tee berkata jualan coklat berkenaan dikedai-kedainya sedikit terjejas berikutan pengumuman awal yang ia mengandungi DNA babi.

"Namun, kami percaya semuanya akan kembali seperti biasa susulan pengumuman terbaharu hari ini," katanya merujuk kepada kenyataan Jamil Khir.
-Bernama

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA