Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 23, 2014

MARINA - DYANA TERUSKAN PERJUAGAN

Apakata Marina untuk Dyana?


Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.

Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satu kenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.

"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.

"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.

"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.

"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya.

BAPA CACI ANAK PUJI .... NAMPAKNYA MAHATHIR GAGAL NAK DIDIK ANAKNYA BUKAN SAHAJA IKUT ANUTAN POLITIKNYA MALAHAN ENGKAR AKAN KATA-KATA BAPANYA SENDIRI .. INI BUKAN ANAK DERHAKA TETAPI ANAK MERDEKA JIWA DAN MINDA .. TIDAK MAU TERKONGKONG DENGAN PEMIKIRAN PRIMITIF KALUT BAPANYA SENDIRI.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA