Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, May 22, 2014

DYANA SOFYA MANGSA - " WATAK PEMBUNUH "


 

Kini ( PRK ) Pilihanraya Kecil Teluk Intan, memaparkan wajah politik negara yang cantik apabila DAP mempertaruhkan calun comel-lote Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.  Dyana 27, merupakan bekas graduan berkelulusan undang-undang dari universiti Melayu UiTM telah bergiat aktif dalam politik DAP sejak 2010. 

 

Dyana dengan penoh sopan
Nama Dyana tiba-tiba dengan otomatik meletup sebelum hari penamaan calun tempoh berkempen. Media sosial anti DAP mengambil pendekatan "membunuh watak" atau “character assassination” dengan mula menebar visual konon Dyana mendedah aurat dengan berbikini. 


Dyana memantul dengan menyanggah melalui satu kenyataan media pada Jumaat lepas bahawa gambar foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna. 
“Character Assassination” adalah taktik politik kotor yang bukan baru dalam politik negara ini. Ia berjaya menyelamatkan Mahathir dari dijatuhkan oleh Tengku Razaleigh apabila watak Ku Li telah dibunuh dengan penyebaran visual Ku Li memakai tengkolok salib. Visual ini disiarkan dalam akhbar Utusan dan gambar-gambar nya di sebarkan di mesjid-mesjid bagi melahirkan kebencian orang Melayu kepada Ku Li ketika itu. 



Walaupun Mahathir ketika itu tidak rela tetapi beliau sendiri tidak menghalang tindakan kotor balacinya itu yang sedang menghirup keistimewaan jawatan dari anugerah Mahathir sendiri. 
Kini taktik yang sama cuba digunakan kepada Dyana Sofya. Tetapi generasi kini sudah tidak ambil pusing strategi taktik lapuk itu. Malah mereka lebih "advance" dengan pendekatan yang lebih licik, halus dan bijak dengan melancar serangan bertubi-tubi melalui “Soldadu Kacang Merah” atau “Red Bean Army”. 

KATY PERRY
Hakikatnya apa yang menarik dari calun DAP dalam PRK Teluk Intan ini ialah amaran Dyana Sofya kepada pengeritik beliau. Beliau dengan tegas memberi amaran kepada mereka “Anda akan mendengar saya...mengaum!” memetik sebahagian bait lagu terbaru penyanyi Katy Perry bertajuk “Roar” yang sedang menjadi siulan pengundi muda hari ini.


KJ juga jadi mangsa “character assassination”
Jangan main-main, di antara bait-bait lagu “ROAR” amaran Dyana ialah “I got the eye of the tiger, a fighter, dancing through the fire, 'Cause I am a champion and you’re gonna hear me roar, Louder, louder than a lion, 'Cause I am a champion and you’re gonna hear me roar.” 
Sama-sama lah kita lihat sejauh mana Dyana akan ‘ROAR’ atau mengaum seperti harimau selepas penamaan calon yang akan diadakan pada 19 Mei ini manakala pengundian pada 31 Mei. 
WASSALAM.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA