Alumni UiTM Pun Jadi 'Kelabu Asap'!
Pihak mana yang ungkit dulu?
Siapa yang ungkit tentang UiTM dan Dyana?
Kenapa hanya Dyana disebut?
Siapa yang ungkit tentang UiTM dan Dyana?
Kenapa hanya Dyana disebut?
Persatuan
Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan
bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Setiausaha
Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap
individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik
masing-masing.
"Tetapi jangan
gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap
individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada
bukti.
Calon DAP bagi
PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM
mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada,
berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan
dengan Umno."Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta
tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.
Shukri berkata:
"Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai
(alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno."
Mengulas
lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil
“JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme” yang membantu pelajar yang
ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk berketurunan India dan
Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan
pengajian ke luar negara.
Beliau berkata
program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A
Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke
universiti di Jerman.
"Ramai tidak
tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui
latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar
negara," katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan
Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.
Beliau
menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua
rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan
pensyarah UiTM.
"Saya yakin
UiTM melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti
Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR).
Tanya Utar dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka," tegas Shukri.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. – Bernama, 20 Mei, 2014.
No comments:
Post a Comment