Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 24, 2014

HUDUD - SAH UMNO MENOLAKNYA


KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan. 

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar. 

Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat  bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.
 HARAKAHDAILY

1 comment:

  1. nur jazlan oii,tok nenek hang dulu,pengetahuan agama depa memang cetek.apa yg sedihnya zaman la ni yg boleh dikatakan banyak orang yg faham Islam masih lagi menentang pelaksanaan hukum hudud.ni contoh mp bengong.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA