Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 18, 2014

ANWAR AKAN DIKUBURKAN KALI KE 3 .. KAJANG

1- Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 dulu Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah di Seberang Jaya menyatakan Barisan Nasional bukan sahaja akan mengalahkan DS Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, tetapi akan turut 'menguburkan' karier politiknya.

Beliau memberitahu para hadirin bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menentukan masa depan negara.

Dalam ceramah selama 30 minit itu, Khairy berkata, cabaran sebenar bagi calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ialah untuk menamatkan karier ketua pembangkang yang 'rakus kuasa'.

KHAIRI KP UMNO; PRK ini akan memastikan DSAI di kuburkan, tapi malang usaha KP UMNO ini gagal ?

2- Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, akan memastikan DSAI di kuburkan pada PRU13 ini, mengumumkan beliau dibuat melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

Mohamad Rafi dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, mereka juga berhasrat untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.. Tapi bila tiba hari penamaan calon untuk PRU 13 itu bayangnya pun tak nampak..

Akhirnya : PAPAGOMO juga gagal untuk " metalkinkan politik " DSAI

3- PRK Kajang DSAI akan di " matikan " bukan dengan satu atau dua orang tapi dengan sebuah parti politik kerabat BN dan juga rakan-rakan seperjuangan beliau sama ada masa berbelia mau pun semasa dalam politik.


KAJANG: MCA hari ini akan memastikan kekalahan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac depan.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan bekerja keras untuk memberi kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam sekaligus mewujudkan seorang pemimpin parti itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Kita perlu pastikan kita ada kerusi di DUN supaya kita ada suara untuk menyuarakan hak-hak orang Selangor.

"Anwar dengan sengaja adakan pilihan raya kecil ini dan kita tidak boleh biarkan beliau terlepas. Perlu pastikan beliau, (Anwar) yang menggali lubang, kita (pula) tanam dia," katanya dalam ucapan ketika Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Induk MCA bagi PRK Kajang di Taman Berjaya di sini hari ini.

 Zaid Ibrahim


 Sdr. Bhaghim Ali

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac.

Sdr. Ramlan Abu Bakar.

Andaian kepada semua rakan-rakan DSAI ialah untuk " membongkar " semua salah laku beliau dari semua sudut, kanak-kanak, persekolahan hatta zaman remaja dan zaman berbelia  dan penglibatan beliau dalam politik.
Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya. "Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya. Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar
Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac.

KITA TUNGGU DAN LIHAT ; APAKAH KALI KETIGA INI POLITIK DSAI 
AKAN BERKUBUR?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA