Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 19, 2014

MUFLIS ------ 60 ORANG SETIAP HARI

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan seramai 20,000 akan diisytiharkan muflis sepanjang 2013 lalu kesan pengurangan subsidi oleh kerajaan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia terkini menunjukkan semenjak bulan Januari hingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan muflis atau purata 1,812 orang setiap bulan.

Ini bermakna sekitar 60 orang diisytihar muflis setiap hari.

"Akibat dari kos kenaikan harga barang dan kos sara hidup dari keputusan pengurangan subsidi saya menjangkakan seramai 20,000 orang akan diisytiharkan muflis pada 2013 apabila data penuh dikeluarkan nanti.

"Dalam tempoh masa yang sama sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahkamah," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah beliau lagi, fenomena muflis ini bukan sahaja tertumpu di Semenanjung Malaysia, ia turut menular di Sabah dan Sarawak, terutama sekali di kawasan bandar.

Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia pada 2012 turut menyebut daripada jumlah muflis tersebut, 48 peratus adalah berbangsa Melayu, 33.2 peratus Cina dan 14.1 peratus dari kaum India.

Paling mengejutkan adalah sebanyak 4,100 (21 peratus) adalah berumur di bawah 34 tahun dan antara penyebab muflis adalah kerana kegagalan mereka membayar pinjaman kenderaan, perumahan dan kad kredit.

"Apa yang berlaku ini adalah kerana bangsa Melayu sedang berhadapan dengan kesempitan kewangan akibat kadar kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi dari kadar kenaikan pendapatan.

"Akibatnya, rakyat terpaksa menampung perbelanjaan harian samada melalui penambahan pinjaman peribadi ataupun kad kredit yang akhirnya mendedahkan mereka kepada risiko untuk menjadi muflis kerana terdedah kepada kadar faedah yang tinggi," sambung beliau.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan perkara itu di Parlimen khususnya mencari penyelesaian kepada mereka yang muflis dalam memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

MUHAMMAD FAIZAL- harakah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA