Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 2, 2014

TOL ; RAKYAT DI TIPU LAGI.....

Berita Memeritkan Hati Rakyat.. Kena Tipu Lagi

Rebat tol sebanyak 20% kepada pengguna lebuh raya di Lembah Klang yang membayar tol menerusi Touch 'n Go akan dimansuhkan esok, lapor Sinar Harian.
Akhbar itu berkata hari ini adalah hari terakhir pengguna boleh menebus rebat tol, yang bermula sejak September 2009.



24 Disember lalu, akhbar tersebut melaporkan sebanyak RM49 juta berupa rebat tol masih belum dituntut kerana kurang publisiti.
Walau bagaimanapun, seorang kakitangan pejabat operasi tol dipetik akhbar itu sebagai berkata, lebih ramai kini tampil untuk menebus rebat.
Sinar Harian juga memetik sumbernya yang mengecam Touch 'n Go, syarikat itu tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung rebat tol kerana ia merupakan dasar kerajaan dan pemansuhan perlu diumumkan oleh Putrajaya.
Rebat 20% itu diberikan kepada pengguna Touch 'n Go yang membayar tol sekurang-kurangnya 80 kali dalam tempoh sebulan.
Rebat akan diberi apabila pengguna membuat tambahan nilai kad mereka di mana-mana plaza tol di Lembah Klang.
Najib mengumumkan sistem rebat tol tersebut pada 11 Julai 2009, antara 11 'hadiah' kepada rakyat sempena 100 hari beliau dilantik Perdana Menteri. ~sh
Addin:
Nasiblah rakyat M'sia selalu kena tipu.. Niat dah bagus nak bagi rebat 20% tapi syaratnya sekurang-kurangnya 80 kali pengunaan kad Touch n GO dalam tempoh sebulan.

Nak bagi serupa tak nak bagi.. Jangan biarkan diri anda semua ditipu seumur hidup oleh manusia ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA