Coretan ini tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah mati, nama yang di guna pakai adalah cara kebetulan sahaja.
Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian dari ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, menteri yang ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi sabsidi di tarik balik. Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.
Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian dari ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, menteri yang ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi sabsidi di tarik balik. Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.
Pemimpin
UMNO terus menghina minda bangsa Melayu dengan jawapan dan penerangan kebudak
budakan. Jangan makan gula, nanti nafsu seks akan kurang. Kalau tak suka
kerajaan, pindah ke negara lain. Kalau tak boleh beli kasut, jalan kaki ayam.
Adakah
destini bangsa Melayu menghambakan diri kepada golongan elit? Sejak Demang
Lebar Daun berjanji janjian dengan Sri Teri Buana ketika menyerahkan anak perempuan
nya, adakah destini bangsa Melayu ialah menghamba-abdikan diri mereka kepada
golongan bangsawan? Dan UMNO itu adalah golongan bangsawan yang menggantikan
raja2 Melayu zaman dulu kala.
Najib
boleh berdolak dalih memberi alasan demi alasan memungkiri janji2 nya- fakta
nya dia gagal mengurus dan memimpin negara. Hampir 11 juta bangsa Melayu
mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Berjuta rakyat
menerima BR1M majority nya Melayu yang mengesahkan betapa ramainya bangsa
Melayu itu miskin. Akhbar dan media milik UMNO spinkan pemberian BR1M sebagai
tanda kerajaan ambil berat kebajikan rakyat! P**t*t kau!
Dan
timbalan menteri yang ada CGPA 3.8 kata, mereka yang berpendapatan rendah hanya
menggunakan sekitar RM130 sebulan untuk RON 95 manakala yang berpendapatan RM
5000 keatas mengguna RM RM370 sebulan untuk RON95. Tentulah yang bependapatan
rendah berbelanja kurang keatas RON95 sebab pendapatan mereka rendah manakala
yang bependapatan tinggi, boleh belanja lebih. RM130 sebulan daripada RM800
adalah 16% manakala RM370 daripada RM8000 ialah 5%. University mana yang beri timbalan menteri ini CGPA3.8?
Melayu
yang kulit tebal macam badak sahaja yang menganggap diri mereka teristimewa
sedangkan persepsi umum Melayu itu sinomim dengan orang miskin, peminta bantuan
dan sabsidi, rasuah, suka berfoya dan bersukaan, suka pemberian percuma dll sifat dan perangai2 rendah. Jika perangai
seperti ini bukan mengaibkan bangsa Melayu- kita tidak tahu hendak cakap apa
lagi.
Melayu yang kulit tebal dan tak reti bahasa sahaja yang ingat Allah bersama sama mereka bahkan jika boleh Allah itiu dianggap sebagai ahli UMNO.
Melayu yang kulit tebal dan tak reti bahasa sahaja yang ingat Allah bersama sama mereka bahkan jika boleh Allah itiu dianggap sebagai ahli UMNO.
Maka
mengikut butiran perjanjian asal Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana, jika
pihak raja mengaibkan bangsa Melayu- bangsa Melayu wajib mengeluarkan raja
tersebut.
Bangsawan
dan raja zaman moden ialah UMNO. UMNO telah menconteng arang dan mengaibkan
bangsa Melayu. Bangsa Melayu mesti menentang dan mengeluarkan UMNO pimpinan
Najib. Apa
lagi yang dinanti oleh pemimpin Melayu yang tidak setuju dengan UMNO? Inilah masa
mereka tampil kedepan, memimpin negara. Sejarah akan mencela mereka kerana
duduk berdiam diri.
Hutang
negara melebihi siling 55% GDP jika dikira jaminan kerajaan kepada GLC2. Ini disebut
sebagai contingent liabilities. Deficit bajet terus besar . kerajaan menjual harta
benda rakyat dan menjual gadaian2 dan pajakan kepada pihak ke3. Fitch Rating
menurunkan kredibiliti kewangan negara. Kerajaan Najib berbelanja berbilion Ringgit
untuk memang PRU13. Wang haram akibat dari rasuah, pemalsuan harga belian,
hasil haram yang lain mengalir sebanyak RM80 billion setahun sejak 10 tahun
yang lalu. Pendatang haram dan warga asing hantar RM40 bllion setahun kenegara2
asal mereka. Buat duit disini, belanja dinegara asal.
Dan
kita hendak terima bila orang kata PM seorang pemimpin yang bagus untuk
Malaysia? Metos Najib sebagai pemimin yang unggul hanyalah ciptaan media dan
spin oleh penasihat iklan beliau. Beliau ialah PM yang lebih teruk dari bekas PM.
Menyampah
kita dengar ada hamba abdi Melayu menjadi galang ganti menjuarai mempertahankan
excesses kepada isteri beliau dan megancam
mengasari sesiapa yang menegur Rosmah Mansor. Apa polis buat terhadap ugutan2
ini? Polis bukan kerja untuk isteri beliau kan?
Menyampah
kita dengar NGO2 Islam marahkan Murphy Pakiam kerana menegur Najib. Adakah Najib
itu maksum?. Najib tahukah beza antara ahli sunnah wal Jemaah dan syi’ah? NGO
marahkan Pakiam dan mempertahankan Najib kerana dia Melayu? Jika begitu Malayu
itu bangsa yang suka mempertahankan rasuah, incompetence, salah laku?
Adakah
kerana seorang pesalahlaku itu Melayu, maka apa dilakukan, dimaafkan kerana
semata mata dia Melayu? Jika demikian perkara yang selalu saya nyatakan semasa
ceramah sudah pun berlaku, yakni, suatu hari, bandingan nya adalah seperti
orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri anak2 perempuan kita atau pun
isteri2 kita, maka kita katakan- tidak mengapa kerana UMNO itu Melayu. Inilah ekspresi
jiwa hamba abdi waris dari Sang Sapurba.
Masa
nya sudah tiba kita menggulingkan UMNO sebab UMNO telah mengaibkan anak bangsa
Melayu. golongan bangsawan baru (UMNO) yang merupakan golongan 20% teratas, menguasai
52% kekayaan dan pendapatan orang Melayu. Mengapa pula 40% Melayu terbawah
hanya berkongsi 12% pendapatan orang Melayu? Macam mana ini boleh terjadi jika
semenjak 1946, teriakan UMNO ialah hidup Melayu?
Melayu
yang mana hidup, dan Melayu mana pula yang mati?
Bukankah
dibawah kerajaan UMNO, bangsa Melayu adalah kaum termundur dalam negara kita? Dari
segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi perlumbaan dalam kehidupan yang
lain2, semua tercorot. Melayulah yang teruk sekali. Bukankah ini mengaibkan bangsa
Melayu dan mengikut perjanjian antara Demang dan ST BUana, kalau raja aibkan
rakyat, maka musnahlah negeri nya.
Sejak
tahun 1970 bila UMNO melancarkan DEB, agihan kekayaan sesama bangsa Melayu
masih tetap seperti diatas. Ianya membuat kita orang Melayu bertanya, untuk
kepentingan siapa sebenarnya UMNO berjuang? Fakta dan kebenaran menunjukkan
bahawa UMNO berjuang untuk kepentingan 20% Melayu teratas, golongan rentier class yang menguasai sumber
pengkayaan negara ini.
UMNO
tidak berani berdepan lagi dengan bangsa Melayu sekarang ini. Ekwiti kekayaan
negara sudah lama puak UMNO capai matlamat 30% nya. bukankah syarikat GLC semua
nya syarikat milik Melayu dan jika dihimpun kekayaan dan sumber pengkayaan yang
dimiliki oleh GLC, bukankah matlamat 30% ekwiti kekayaan sudah lama tercapai? Tapi
ianya dinikmati dan dicapai oleh 20% melayu teratas. Yang lain terus
ketinggalan. UMNO itu jurucakap golongan 20%.
Usaha
utama bangsa Melayu ialah membebaskan diri mereka dari perhambaan minda dan
mental yang UMNO lakukan selama ini. Hak orang Melayu ialah perkara yang mereka
perjuangkan bukan perkara yang diberi oleh orang lain. Masa depan bangsa Melayu
dilindungi oleh kerajaan yang didirikan atas prinsip perintah ikut undang2. Masa
depan orang Melayu dijamin dengan melengkapkan diri mereka dengan nilai2 yang
menyokong kemajuan bukan yang menyokong belitan dan cengkaman golongan bangsawan
Melayu.
No comments:
Post a Comment