Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mendedahkan logo-logo
kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian
Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit
Aman.
Pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan
mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi
gelap ini. Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di
bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau
menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi
gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada
dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku,
kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau
tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama
ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara
selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM
15,000.
Sesetengah kumpulan kongsi gelap ini menjalankan aktiviti yang
berbahaya seperti mengedar dadah dan merompak tapi ada juga yang
menjalankan aktivi seperti perjualan produk seperti kopi campuran, key
chain, pakaian dan logo.
amazing nara
No comments:
Post a Comment