Lagi satu projek untuk deceive orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.
Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan
pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat
dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan
berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim
mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau
kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain
pasca DEB1.
Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak
cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk
melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan
pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan
mengayakan kontraktor2 UMNO? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap
satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah
dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan
adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?
Adakah latihan
melalui giat MARA, IKBN dan sekolah serta kolej vokesyenal tidak
mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang
marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang
mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak
menepati citarasa dan permintaan pasaran.
Kita tumpukan perhatian
kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar
negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah.
Kerana
kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk
membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu
gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat
strateji UMNO.
Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan
bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya
penting untuk membentuk system ganjaran atau reward system yang betul.
Seseorang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan.
Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita
mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkan
nya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran,
latihan yang setimpal.
Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan.
Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian re-skilling
dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan
mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.
Beri
kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat re-skilling dan
pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang
mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan
menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga
perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing2?
Dengan pemerkasaan datang tanggung jawab. Tenaga
pengajar dan pimpinan institusi latihan yang gagal menghasilkan graduan
yang marketable mesti diberhentikan. Ini untuk mempertanggunjawabkan
mereka ketas kualiti latihan yang diberi kepada pelajar.
Dalam
konteks ini saya hairan mengapa pimpinan pengajar yang gagal
meningkatkan ranking university kita masih kekal dalam jawatan masing2?
Tenure mereka mesti ditamatkan serta merta. Tak habis2 kita diberikan
alasan itu dan ini menjustifiaksikan penurunan kualiti pengajaran
university dan kolej. VC UITM berkata dia tidak khuatir dengan kejatuhan
ranking UITM- kenapa orang macam ini masih dikekalkan sebagai VC UITM?
Ingat-
pembelian kerajaan adalah satu punca terbesar rasuah dan songlap. Giat
MARA di Raub hanya menghasilkan tukang jahit. Kompleks sukan rakan muda
di Raub terlalu teruk tidak terdaya melahirkan pemudi dan pemuda Melayu
tahan lasak. Sedangkan berjuta sudah dibelanjakan.
Sebab besar
kemungkinan yang akan dapat keuntungan dari projek pemerkasaan ekonomi
Bumi ini ialah kelompok Melayu istimewa. Melayu istmewa ini orang
atasan, bangsawan, putera2 atasan dan bangsawan dan pegawai2 tinggi
dalam sector awam dan swasta. Pegawai2 GLC pun sama sebab mereka
pemegang banyak keistimewaan dan monopoli.
Ianya sudah terjadi dalam DEB1. Tidak mustahil ianya tidak diulangi. Rasuah dan ambil kesempatan daripada kuasa menjadi jadi.
Tidak
ada pun pemimpin UMNO yang bercakap mengenai punca kemajuan yang paling
penting- iaitu kepimpinan yang baik. Asas atau foundataion sebuah
kerajaan yang baik ialah para pemimpin yang ada kemampuan minda,
disiplin, jujur amanah dan dedikasi dan komited sepenuhnya terhadap
mencapai matlamat kemasyarakatan. Kalau jenis ini dibayar gaji yang
tinggi setanding dengan yang diperolehi oleh sektor swasta, rasuah dapat
dikurangkan. urusan kerajaan akan jadi baik hanya dengan pimpinan yang
baik. Tidak ada pun pemimpin UMNO berani bercakap untuk memodenkan
kepemimpinan masyarakat Melayu.
Cara masyarakat Melayu distrukturkan
pun meletakkan Melayu pada disadvantage. Maka tidak menghairankan jika
ada bangsa lain menyifatkan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang
dysfunctional.
Ketua kampong ramai yang bermutu rendah. Dan saya
cakap bukan mahu merendahkan sesiapa tapi memberitahu pengamatan dan
pengalaman saya yang datang dari keinginan melihat bangsa saya maju.
Soal saya beroperasi atas landasan politik bukan isu yang terlalu
penting selagi saya ada peluang untuk berkhdmat kepada rakyat.
Bagaimana
kampung2 mahu disuntik dengan kesegaran dan idea baik jika ketua
kampong dari kalangan jaga bank, tukang kebun sekolah, mereka yang
memegang dua kerja pada masa yang sama dan sebagainya? Lebih dasyat jika
ketua kampong dipilh kerana dia kaki buli dan pengacau kampong. Sebaik
sahaja orang Melayu berkompromi keatas ciri2 kepemimpinan yang baik,
masyarakat Melayu sudah pun terletak pada trajectory mediocrity.
Semasa
dalam UMNO dahulu saya menyarankan jawatan ketua kampong diisi dengan
pegawai kerajaan sepenuh masa yang sekurang kurang nya ada diploma.
Mereka akan duduk dalam kampong dan mentadbir satu rangakaian atau
cluster 3-4 buah kampung. Jawatan penghulu2 [ula dipenuhi dengan
graduates kerana kita andaikan mereka ada kapasiti untuk berfikir dengan
lebih teliti. Semua ketua kampong dan penghulu adalah pegawai kerajaan
sepenuh masa bertanggung jawab kepada pegawai daerah. Ini akan mengurang
politik ketua kampong dan penghulu dan menyelamatkan masyarakat Melayu
dari berpecah belah.
Tapi pemimpin UMNO tdiak mahu ini semua- mereka
mahukan ketua kampong mereka pilih supaya menjaga kepentingan politik
mereka. Demikaian juga dengan jawatan penghulu. penghulu sebetulnya
saki baki pemerintahan feudal. Kenapa pentadbiran orang Melayu
peringkat kampong dan mukim susah mahu dimodenkan? Kenapa kekalkan
Melayu tinggal dalam rejim fiudal dan separuh feudal?
Kerana itu saya
beranggapan kuasa UMNO diasakan pada landasan (1) mengekalkan Melayu
dalam kejahilan (2) mengekalkan Melayu dalam kemiskinan dan (3) merasuah
dan membeli kesetiaan Melayu (4) menanamkan rasa siege atau terancam
dalam minda Melayu.
Janganlah hendak nya memuji dan memuja
berlebihan. Rakyat Malaysia bukannya berperang kerana wang dan klas.
Belum pun sempat dakwat kering, Perkasa sudah meminta 1400 billion
dibelanjakan untuk Bumiputera. Darimana wang tersebut datang? Yang
31bilion tu pun entah mana akan dicungkil dan dipokah. Ianya akan
mematahkan tulang belakang system perbankan negara ini. Bagaimana
pembeli membiayai ASB2? Mungkin 90% akan dibiayai oleh bank dan system
bank akan terpaksa mencipta kredit line sebanyak RM1.8 billion lagi?
Mati
negara ini ditadbir oleh Najib. Langkah2 populist yang Najib ambil ini
akan meningkatkan lagi perbelanjaan bukan mengurangkan perbelanjaan.
Untuk mengaburi mata rakyat, kita disuruh berdiskusi mengenai
rasionalisasi sabsidi sedangkan punca perbelanjaan yang lebih teruk
adalah ditempat2 lain.
Ariff Sabri.
No comments:
Post a Comment