2013 adalah tahun UMNO menguji sejauh mana kepimpinan mereka akur dengan keputusan PRU13 yang lalu, sudah 2 penggal mereka UMNO / BN gagal untuk memerintah dengan majoriti 2/3, pada 2008, kegagalan tersebut ( untuk 2/3 ) memperlihatkan PM masa itu Tun Dollah di paksa meletakkan jawatan dan diambil alih oleh Najib. Tapi malang Najib yang di sangka boleh memperbaiki kedudukan sebaliknya lebih teruk dari Tun Dollah. Dari 140 hanya tinggal 133 semasa Najib. Tapi Najib berjaya mengelakkan dari di arah oleh ahli untuk meninggalkan kerusi PM.
GM kita bukan nak nyebok hal UMNO dan kita prihatin dan mengambil tahu urusan orang lain dan ada rasa kepedulian terhadap nya.
PETALING JAYA: Berikut merupakan senarai calon yang akan merebut jawatan utama Umno pusat pada pemilihan Oktober depan, selepas tamat tempoh pencalonan pukul 5 petang Sabtu:
Presiden:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Penyandang) -
Menang tanpa bertanding
Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang) -
Menang tanpa bertanding
Naib Presiden:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
6. Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Ketua Wanita Umno:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan
Naib Ketua Wanita Umno:
1. Datuk Suraya Yaakub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman
Ketua Pemuda Umno:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak
Naib Ketua Pemuda:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun
Ketua Puteri:
1. Mas Ermieyanti Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman
Naib Ketua Puteri:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Alisumber : mStar.online
No comments:
Post a Comment