Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 21, 2013

RAKYAT DI MANGSAKAN, PEMIMPIN DI UTAMAKAN.

Teori yang mengatakan untuk jadi kaya mesti memimpin UMNO, sama ada di peringkat cawangan sehingga le peringkat menjawat jawatan di kementerian, akhirnya terbukti. Apakah ada kalangan yang berani menafikan kenyataan tersebut? Mana ada pemimpin UMNO  di semua peringkat yang hidup " miskin ". Kalau terbukti salah pun mereka ada " pelindung " untuk menafikan kesalahan dan salah laku mereka. Satu demi satu terpancar nama-nama hebat dengan kesalahan yang hebat-hebat juga.

Kaitan dengan isu terbaru juga dari " kerabat " Shahrizat amat mendukacitakan sekali, tambahan beliau adalah anak didik Anwar Sendiri. Siapa Shuhaimi Ibrahim ( gambar bawah )

Suhaimi: I have given MACC everything.
  Bekas pemimpin MBM ( Majlis Belia Malaysia )
Bekas presiden GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung )
Bekas ADUN Benta Pahang
Bekas Setiausaha Politik PM ( Zaman Pak Lah )
Setiausha Politik Sharizat ( menteri pembangunan wanita ) 
 
  Anugerah di terimanya
 Tokok Jasa Belia Lelaki ( 2010 )

Tapi apa yang menyedihkan kini nama beliau juga seperti Sharizat sudah terpalit dengan isu salah guna kuasa, salah guna wang rakyat dan tapi mungkin juga Shuhaimi juga cuba mengikut rentak bossnya YB Sharizat yang dapat memperdayakan kerajaan Malaysia dengan projek lembunya. Jadi tak salah lah kalau SU politiknya juga bertindak sedemikian rupa. 


SPRM, telah menahan Suhaimi yang pada satu ketika menerajui projek Kementerian Wanita melalui projek  1AZAM. Beliau di tahan untuk membantu siasatan kaitan dengan penyelewangan tersebut. Selain itu pihak SPRM juga " menggari " sejumlah 10 buah kereta mewah. Termasuk kereta Toyota Alphar, Vellfire, Camry dan Volswagen Golf GTI ianya di " peti aiskan " di pejabat SPRM.







Inilah projek yang di jadikan mangsa oleh Shuhaimi sedangkan ianya 
bertujuan untuk membantu orang miskin, akhirnya pemimpin yang kaya.

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Datuk Suhaimi Ibrahim hari ini menafikan laporan akhbar hari ini bahawa sejumlah kereta mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik beliau.

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.

SPRM baru-baru ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA