Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM ( gambar ) menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."
Timbalan
Menteri (TM) ( gambar ) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia
adalah
yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait,
Mesir, UAE, Iran dan Nigeria dan ada juga kalangan yang menyuarakan
kalau harga mana-mana barangan naik jangan gunakan barangan tersebut.
Pernah terkeluar dari mulut seorang menteri " jika ayam naik harga,
jangan makan ayam ", kini keluar pula kata-kata jika " minyak mahal
jangan beli dan guna minyak ". Apakah ini menteliti daya fikir seorang
menteri di Malaysia? Lemah betul daya fikiran mereka kan?
Kini
bukan setakat orang ramai yang mengeluh kaitan dengan kenaikan harga
minyak dan sudah pasti ianya akan membebankan " suasana " penghidupan
rakyat dari masa ke semasa. Prof Agus ( gambar atas ) juga turut
mempertikaikan perbandingan yang di berikan oleh Tim. Menteri Kewangan
itu. Menteri-menteri Malaysia kini seolah-olah menafikan hak
keintelektual rakyat masa kini.
Kegagalan menteri untuk
melaporkan di mana masih ada negara yang lebih murah harga minyak
seperti menidakkan tahap pembelajaran rakyat. Rakyat tahu bagiamana
harga di Brunei, Qatar, Bahrain,
Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? kaitan
dengan harga pula beliau ( menteri ) memberi contoh dengan Thailand
RM4.74 dan RM3.06, Singapura
(RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44
dan RM4.32).
Pelik dan ajaib, dalam keadaan dunia di
hujung jari, maklumat amat mudah di peroleh, pemimpin UMNO masih
memikirkan rakyat gagal mendapatkan maklumat tersebut. Minya kita
dibandingkan dengan negara yang tidak ada
minyak atau sedikit sumber petroleumnya? Cuba kita bandingkan
dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman
dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara
kita?
Dengan beberapa contoh ini jelas Pemimpin UMNO
masa kini tidak lah menghiraukan keluhan rakyat tapi sebaliknya mereka
cuba " menipu " rakyat, sebab itulah kesan PRU13 UMNO hanya mampu
mendapatkan sokongan dari kalangan pengudi luar bandar dan undi popular
pula masih gagal mengatasi PR.
Tambah Prof, jika nak dibuatkan perbandingan sepatutnya di pelbagaikan jangan tertumpu kepada minyak sahaja. Misalnya, kenapa
tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau
Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios,
mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka
semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka
menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.
Rakyat juga sudah mengetahui yang negara telah membebankan kepada raykat dengan hutang yang sudah melebihi 600 billion ringgit. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di
negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang
kira-kira RM108,000 seorang.
Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan
nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6%
tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun
2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada
pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada
daripada penganalisis kewangan di rantau ini.
Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak
menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara
kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara
terendah di dunia? Persaolan ini hanya TM kewangan sahaja yang mampu untuk menjawabnya.
No comments:
Post a Comment