Memang
benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara
juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil
mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur
kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga
adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.
Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar
secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN
kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan
barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta).
Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah'
beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin
melencong dari kefahaman yang betul.
Nabi salla Allahu
‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan
pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam juga
menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di
ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada
campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan
serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu
‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya
: Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan
sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun
dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku
lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm
385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)
Namun
kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id
Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien
sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana
peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik
disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang
kezaliman dari berlaku.
Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni
menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien
bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w
sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu Baginda menolak kerana
tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij
Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)
Ulama tabien pula
membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika
zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif
adalah sama cuma bentuknya berbeza.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013
9 Sept 2013
No comments:
Post a Comment