Benarkah apa yang di laporkan sebuah akhbar pada 23 Ogos 2013 tempoh hari. Jika ini benar, tindakan PM untuk menarik balik subsidi minyak amat patut dan perlu diberikan tahniah kepadanya. Kerana subsidi tidak lagi di pergunakan oleh rakyat tempatan sebaliknya kemudahan dan keistemwaan ini di digusnakan oleh Pendatang, Tahniah PM.
Sebuah
akhbar harian bahasa Inggeris bertarikh 23hb Ogos 2013 melaporkan
bahawa mulai tahun hadapan Kerajaan BN akan membawa masuk 1.3 juta
pekerja dari Bangladesh sementara sebuah akhbar harian yang lain
melaporkan bahawa 1.4 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk (akhbar
bertarikh 22hb Ogos 2013).
1.4 juta ataupun 1.3 juta pekerja dari Bangladesh, pokoknya adalah satu angka yang terlalu besar sebab pada masa kini jumlah pekerja asing sekurang-kurangnya ialah 10% dari jumlah penduduk negara Malaysia yang berjumlah 28 juta orang. Itupun belum mengambil-kira jumlah pekerja asing yang datang tanpa izin.
Adakah negara kita memerlukan begitu banyak sekali tenaga pekerja
asing? Bagaimana pula dengan pemuda-pemudi kita yang tercicir dari
bangku sekolah? Bukankah peluang pekerjaan boleh diberi kepada mereka
supaya mereka pun ada mata pencarian dan boleh memperolehi pendapatan
mereka sendiri?
Pekerja asing yang terlalu ramai membawa gejala
sosial yang tidak sihat serta berbagai masalah seperti pergaduhan sesama
geng-geng mereka. Bagaimana pula jika terdapat kegawatan ekonomi
sedunia? Pekerja-pekerja asing ini kemudiannya perlu dihantar pulang ke
negara mereka masing-masing kerana kalau tidak, ramai pula yang akan
menganggur disini dan ini akan melibatkan kos yang tinggi untuk
menghantar mereka pulang.
Adakah Kerajaan BN telah membuat
kajian yang menyeluruh dan teliti sebelum membuat keputusan untuk
mengimport pekerja Bangladesh dalam jumlah yang begitu ramai sekali?
Kerajaan harus berfikir dengan lebih mendalam dahulu sebelum mengambil
langkah tersebut. Jika tidak, buruk padahnya dan menyusahkan rakyat
pula.
No comments:
Post a Comment