6 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( gambar ) menegaskan
sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak
seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.
Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.
"Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim,
manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu.
"Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah
izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan
semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri.
Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu
sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat
ciptaan alam.
"Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang
dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab “Allah menaikkan harga
barang”. Apakah anda akan berkata: ‘MasyaAllah, akidah awak terlalu
teguh, awak sangat beriman’. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk
ketamakan awak!’.
"Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan
harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli
juga tidak boleh dizalimi," kata Asri.
Justeru Islam kata Asri melarang monopoli yang zalim seperti
menyembunyikan barangan, dan pemerintah boleh masuk campur dengan
menetapkan harga barang.
"Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana
yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang
tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya:
‘semua itu takdir Allah?!’.
"Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari
pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela."
Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya semalam mempertahankan kenyataannya
mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta
menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.
Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh
Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya
dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar
berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.
"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya
sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif
akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.
"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks
melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya
ketika ditemui The Malaysian Insider.
themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment