UMNO kini mula " membukakan " apa sebenarnya yang berlaku dalam pengurusan parit MELAYU terbesar ini, permasalahan mula timbul satu demi satu, dari sebuah parti yang memperjuangkan semangat Melayu kini mula sudh lupa diri. Ramai pemimpin yang di anggap membina kekayaan semasa menjadi pemimpin, yang sedihnya bukan sahaja pemimpin di peringkat tinggi tapi diperingkat kampong pun pandai " merasuah " mungkin agaknya melihat kelebihan yang ada pada pemimpin di atas. Dengan itu keluarlah kenyataan dari Mantan PM - Mahathir - pemimpin UMNO lebih mementingkan kekayaan dan perjuangan hak Melayu.
( gambar hiasan sahaja )
Kini isu " membela " samseng " pula di terbitkan, mulanya pihak polis melaborkan memang ada kumpulan samseng yang di bawah pemerhatian pihak-pihak tertentu, dan kebebasan mereka ( samseng ) ini mendapat perlindungan dari orang ( pemimpin ) tertentu. Mungkin PDRM tidak menudingkan jari ke pihak kepimpinan politik. Tapi akhirnya pengesan penglibatan pemimpin ini disahkan oleh kalangan mereka sendiri.
" Datuk Seri Suleiman Muhamed, bekas Menteri Penerangan yang
mendakwa wujud ahli politik yang menggunakan khidmat bantuan gangster di negara ini "
Kenyataan DS Suleiman ini telah memberikan satu reaksi seriusa dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), menurut Presidennya Mohd. Azmi Abdul Hamid ( gambar ) ini serius dan tak boleh dibiarkan. Negara akan kecundang dengan kegiatan yang tidak sihat ini. “Jika
benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar,” ujar
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Mengikut Matan Mengeri Penerangan tersebut keseluruhan gengster kini berjumlah 70ribu, dengan itu apakah gejala jenayah berat yang kini berleluasa di
negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian
banyak. Keramaian mereka dengan " aktiviti " yang dilakukan mungkin gagal di tangani oleh PDRM dengan keanggotaan yang terhad jumlahnya.
Ketidak cukupan anggota PDRM ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku
Jaafar ( gambar ) yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota
dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang,
namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja
pengurusan.
Jelas Wan Junaidi, daripada jumlah itu, tiga jabatan
di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu
Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).
Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.
Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.
Kenyataan dan pendedahan Timbalan menteri ini amat merunsingkan, mungkin juga dengan berkeadaan demikian kegiatan kumpulan ini menjadi satu realiti di Malaysia masa ini. Tambahnya, operasi kumpulan haram ini jika benar mendapat perlindungan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster ini.
“Adakah ini menggambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster wujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?” tanya beliau.
No comments:
Post a Comment