Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 20, 2013

BRIM - PENINGKATAN BAYARAN MENJADI BEBANAN KINI

Pukulan dan permuafakatan kalangan parti-parti pembangkang dengan ujudnya Pakatan Rakyat sebagai saingan kepada Barisan Nasional telah membeikan impak yang cukup jelas kepada kepimpinan BN itu sendiri, Kewujudan PR telah memaksa pemimpin BN menabur janji yang cukup lumayan. Semua jenis bantuan diumumkan. Pengemuman yang cukup hebat ialah BRIM ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia ). Kaitan untuk mengumpan di PRU 13 pula ialah dengan penambahan BRIM itu sendiri dari RM500 kepada RM1200.

KERAJAAN BN bulan ini ada mengumumkan bahawa pemberian BR1M untuk tahun akan datang akan mengalami peningkatan daripada RM500 walaupun angka baru tidak disebut.
Peningkatan diberitakan akan mencapai hingga paras RM1,200 pada tahun kelima yang akan datang seperti yang telah dijanjikan dalam kempen PRU13 yang lalu. Pengumuman ini adalah untuk memastikan kemenangan pada PRU13, dan akhirnya BN meneruskan pemerintahan semula.

Tapi apa yang merunsingkan ialah bagaimana kerajaan menampung peningkatan bayaran BRIM itu nanti?  Apakah kerajaan akan mengenalkan kenaikan cukai-cukai yang tertangguh selama ini? Persoalan ini sentiasa bermain di kepala rakyat. Tapi bagi kepimpinan BN mereka amat perlu mengadu dumba daya fikir rakyat, hanya mereka dari PR yang melaung-laungkan sudah pasti rakyat terbeban dengn janji-janji manis BN itu. Akhirnya kebimbingan kenaikan cukai keperluan tidak dapat dielakkan. Apa yang menjadi igauan terjadi sungguh. Pukulan hebat tiga kali ialah tiga peningkatan yang pasti akan datang tidak lama lagi iaitu:

1. peningkatan dalam harga minyak RON95;
2. peningkatan tarif elektrik yang telah diumumkan pada bulan Julai yang lalu; dan
3. perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).

Ketiga-tiga perkara ini apabila dilaksanakan serentak ataupun secara berperingkat akan merupakan tiga pukulan yang hebat kepada warga marhaen terutamanya golongan miskin bandar. Kini harga barang keperluan telah naik kembali selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Tetapi gaji golongan yang berpendapatan rendah masih di bawah paras gaji minimum kerana Polisi Gaji Minimum masih belum dilaksanakan lagi.
Tidak lama lagi pasti akan kedengaran keluhan rakyat yang merasa hidup mereka amat tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan.

Oleh itu, walaupun pemberian BR1M akan mengalami peningkatan, ia seolah-olah sama sahaja untuk warga miskin yang akan merasa wang dalam saku mereka masih berkurangan disebabkan oleh harga barang yang naik tak henti-henti.

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA