Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 19, 2013

PR - BERSEMINAR UNTUK RAMPAS SEMULA PERAK



Kesan dari PRU12, yang meletakkan Perak tumbang kepada pembangkan ( DAP 18, PKR 7 dan PAS 6 ) pakatan ini menjadi kenyataan untuk menubuhkan Kerajaan dengan PAS melalui YB Niza dari DUN Pasir Pasir Panjang di berikan amanah untuk mengetuai kerajaan Perak. Pemerintahan Pakatan ini di " rampas " semula oleh BN dengan memerangkap 3 ADUN ( 2 dari PKR dan 1 dari DAP ), PR hanya dapat bertahan cuma hampir 11 bulan saja.

Seminar kali kedua PR ini yang diadakan pada 11 Dis. 2010 dengan di sertai oleh semua kepimpinan PR telah merumuskan untuk memastikan PRU 13 menjadikan Perak di kembalikan kepada PR dengan majoriti yang agak selesa. Seminar di hadiri hampir 400 orang peserta dari seluruh Perak mengikut agihan Parlimen dengan setiap anggota parti di wakili oleh 5 orang.


Sebahagian dari peserta Seminar yang diadakan di Hotel Hillcity - Ipoh.


YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar dalam ucap utama dan perasmian.
Komitmen semua pihak ( semua anggota parti ) memang di tuntut untuk memastik hasrat PRT13 menjadi realiti, " landskap " politik Perak telah mengubah minda banyak pihak samada di atau pun luar negara. Kerakusan dan ketamakan serta tidak bertamaddunnya UMNO / BN dalam menguruskan pentadbiran negara teserlah sekali.

" Kita PR Perak juga adalah merupakan PR yang pertama di Malaysia yang berjaya mengadakan Seminar untuk kepentingan PR seluruh negara dan ianya juga menjadi " benchmark " kepada PR pusat. " tambah YB Niza. Setiap bulan kadang kala 2kali sebulan jawatankuasa ini bertemu dan membincangkan isu-isu semasa untuk kepentingan pembangunan PR itu sendiri dan membicangkan keadaan politik semasa.


Bagi Y.B Dagto Ngeh Koo Ham ( yang juga pengerusi DAP Perak ), kini politik negara sudah berubah, PR bukan lagi untuk dan bertindak sebagai " check dan balance " tapi PR sudah mampu untuk memerintah dan di harapkan pada PRU13 nanti, semua DUN ( 59 DUN Perak ) dapat memberikan komitment sepenuhnya untuk memastikan PR dapat majoriti selesa untuk mengambil semula pemerintahan Perak. mengikut statistik PRU12, ada sejumlah 10 kerusi kalah cuma dibawah 1000 undian dan 4 DUN di bawah 1500 undi. Jadi kesimpulannya pada PRU13 kita perlu tunjukkan kemampuan dan keinginan untuk merampas kerusi tersebut dan seterusnya mempertahankan kerusi yang ada kini 28. Jumlah 42 kerusi semua sekali. Teruskan perjuangan dan tingkatkan komitmen untuk PRU13.

Penal pembentang " Wacana Pimpinan PR "
YB Nurul Izzah, YB Dr. Mujid & YB Joseph Oii.

Ketiga-tiga pemimpin PR ini menyuarakan kepada hadirin perlu meningkatkan komitmen dan terus berusaha untuk menang, tidak ada parti pun yang boleh di katakan tidak ada masalah, malahan semua parti ada masalah dan yang penting cara mana masalah tersebut perlu diselesaikan. Perlu diingat, apa saja yang disebutkan oleh pemimpin PR akan dijadikan isu oleh BN. Lihat saja isu Ketuanan Melayu, mereka " menjemput " pihak istana, bagaimana dengan Keistemwaa orang Melayu, mereka lagakan PKR dengan institusi istana.

Kepimpinan Pakatan Rakyat perlu bergerakan secara " collective " " satu suara " " satu nada " malahan jika difikirkan perlu berusaha dengan keras untuk mendapat kan satu lambang agar ianya lebih mudah untuk bergerak. Sudah sampai masanya kawasan dan cawangan-cawangan menaikan bendara parti masing-masing. PRU13 sudah hampir dan mereka kini sedang berusaha keras untuk memastikan parlimen dapat dikuasai 2 / 3 majoriti. Dan bagi PR kita perlu berusaha untuk mengambil alih teraju pemerintahan di Putra Jaya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA