Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 19, 2013

KAMI BOLEH BUAT KERANA AHLI KAMI " BODOH "


Tindakan YB Nazri - Menteri Pelancongan melantik anaknya sendiri ke " jawatan khas " di kementerian adalah satu " follower " dari bos juga, kita masih ingat bagaimana zaman Tun Dollah ada team di tingkat 4 yang ada pejabat di Putra Jaya tapi tak ada pun apa-apa jawatan di mana-mana kementerian. Masa kini, Wanita pertama pula ada pejabat khas, semuanya ini di jadikan " bench mark " oleh menteri dan timbalan menteri pula. jadi tidak salah kan? Lagi pun ahli-ahli UMNO bukan kisah sangat perlakuan yang di lakukan oleh pemimpin mereka. Kita dapat lihat mereka ( ahli UMNO ) tidak berani untuk menegor tapi " play safe "



Berbagai pihak nampaknya memberi reaksi negatif susulan Najib membela dan menyokong sahabatnya Nazri Aziz untuk meletak anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 
Mengikut undang-undang memang tidak ada halangan asalkan jangan guna wang Kerajaan untuk bayar gaji, elaun atau imbuhan. Kata Nazri dia guna duit poketnya sendiri untuk membayar gaji Nedim anaknya malah Nedim boleh jadi offisboy tetapi datang kerja memandu Ferrari. 
Duit poket Nazri yang datang dari gaji menteri dibayar pada anaknya samalah seperti masuk poket kiri keluar poket kanan dari baju yang sama. Seringkali baju Pak Menteri mempunyai poket yang banyak dua di bawah dua di atas seperti baju ‘telok belanga’. 
Tiada siapa boleh pertikaikan kemampuan Pak Menteri. Pak Menteri bukan setakat mampu melantik seorang anak sebagai Pegawai Khas malah Pak Menteri juga mampu melantik dua, tiga atau lebih anak-anaknya untuk dijadikan Pegawai Khas. 
Jika ‘Boy’ anak lelaki dilantik untuk menjaga pengundi muda mengapa tidak ‘Darling’ isteri kesayangan Pak Menteri dilantik juga sebagai Pegawai Khas untuk menjaga pengundi Wanita dan ‘Girgle’ anak perempuan Pak Menteri pula boleh dilantik menjaga puteri muda di kawasan. 
Najib yang menyokong pun sudah nampak bunga-bunga mengamalkan amalan yang sama. Setelah isteri bergentayangan dengan berbagai penglibatan di pejabat PM kini Najib juga melibatkan anaknya Ashman konon untuk menarik pengundi Cina. 
Che Det pernah menasihat “leaders must not only be clean but must be seen clean”. Sesungguhnya kuasa, harta dan khazanah negara ini hendaklah ditadbir dengan bersih, cekap dan amanah bukan ditadbir atau kelihatan ditadbir seperti harta merdak mak bapak sendiri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA