Beberapa
kenyataan pimpinan kerajaan tidak boleh dibiarkan tanpa bangkangan.Saya tidak berniat mahu mencari material untuk menulis mengenai PM Najib, tapi bila
dia mengeluarkan kenyataan mengenai UMNO bukan macam DAP, saya rasa elok kita
memberi sedikit pencerahan. Lama kelamaan rakyat Melayu khususnya akan sedar bahawa
UMNO sebuah parti feudal yang menjaga kepentingan elit dan Melayu terpilih. Nama
Melayu itu akan selamanya ditunggang seperti kerbau dan keldai.
Siapa
yang mahu jadi seperti UMNO? Parti yang ramai pemimpin yang korap yang
seketiduran dengan tauke2 Cina merompak negara ini? Kenyataan Najib kenyataan
membodohkan pembaca datang dari fikiran gelap Najib Tun Razak. Antara dua
telinga Najib, terdapat padang pasir yang gersang.
Lebih
elok Najib menumpukan pehatian membela orang Melayu yang dibohongi oleh
pimpinan UMNO. Kepayahan hidup dan kesusahan orang Melayu bukan disebabkan oleh
bangsa lain. Kesusahan orang Melayu disebabkan oleh pemerintahan yang terdiri
dari bangsa mereka sendiri. Ini bukan saya yang kata- ini adalah pengamatan
Pendita Zaaba sejak tahun 1927 lagi yang tetap releven sampai hari ini. Kesusahan
Melayu adalah disebabkan oleh pemerintah yang terdiri dari bangsa sendiri.
Bahakan
dibelakang kejayaan dan kekayaan setiap pemimpin UMNO ialah bangsa Cina. Janganlah
pimpinan UMNO hendak menipu orang Melayu.
Pertandingan
semula pemilihan pimpinan DAP atau CEC bukanlah kerana 753 perwakilan tidak
diberi notis untuk hadir ke congress pemilihan pimpinan DAP. Setiap tahun dalam
,mesyuarat perwakilan cawangan, pemuda dan pemuda, tidak pernah sempurna korum
mesyuarat. Tapi puak UMNO mengesahkan mesuayarat tersebut sebagai sahih. Sampai sekarang ianya menjadi kesemulajadian perangai UMNO.
Jadi
dari mana alasan 753 ini datang kecuali Najib dan ROS berkomplot untuk mencari
alasan? Jika perkara 753 perwakilan ini sebab nya, maka mengapa pihak ROS tidak
menyebut akan perkara tersebut dalam perintah nya menyuruh DAP mengadakan
pemilihan CEC semula? Berapa kali pimpinan DAP mendesak pihak ROS memberikan
alasan tapi ROS membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak berkata kata?
Kebenaran
pahit yang orang UMNO mesti sedar sekarang ialah Najib is a serial liar- pembohong
bersiri. Orang Pekan sebagai contoh tahu Najib berbohong bila dia mengatakan
tidak mengenali Ziana Zain. Najib berbohong bila kata tidak kenal wanita
Mongolia. Najib berbohong bila mengaku berjuang untuk orang Melayu sedangkan 10
juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500sebulan. Apa yang Najib
tahu tentang keperitan dan kesusahan kehidupan orang Melayu?
Ini
perkara menipu dalam hal memberi notis kepada perwakilan lebih merupakan amalan
dan budaya UMNO. Tabiat pimpinan UMNO sejak zaman Mahathir mengambil alih dan disambung
pula oleh Najib yang tidak bertulang belakang ialah memilih milih siapa yang
mahu dihantar notis atau tidak. Bukan menjadi rahsia amalan kotor orang UMNO
ialah menghantar notis kepada para penyokong tapi menyekat penghantaran notis
kepada golongan penentang pimpinan UMNO. Perbuatan yang lazim lagi ialah ketua cawangan membayar yuran tahunan
untuk penyokong dan tidak menerima bayaran yuran pihak yang menentang mereka.
Kita
mengesyorkan Najib supaya janganlah menggunakan isiu DAP untuk melindungi
kelemahan kepimpinan nya keatas UMNO. Biarlah orang UMNO sedar bahawa Najib
menghadiahkan prestasi yang terburuk kepada UMNO dalam sejarah PRU. Orang UMNO
mesti ingat bahawa Najib hanya mendapat 47% dari undi popular berbanding dengan
Pak Lah yang mendapat lebih dari itu.
Najib hanya mampu memenangi 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak Lah yang
mendapat 140 kerusi. Orang UMNO jangan lupa bahawa kemenangan 88 kerusi
parlimen untuk UMNO disebabkan oleh advantage persempadanan kawasan pilihanraya
dan kepadatan pengundi yang rendah. Satu kerusi yang dimenangi oleh PRakyat
sama nilai nya dengan 2 kerusi parlimen BN.
Fakta
nya, ialah Najib bukan pemimpn yang terbaik untuk UMNO dan orang Melayu. Jika UMNO
mahu menawarkan pemimpin yang lebih berfaedah kepada orang Melayu, maka Najib
perlu ganti dengan orang lain. Mungkin orang Melayu yang bukan ahli dan bukan
penyokong UMNO akan tertarik kepada UMNO. Selagi Najib dan pimpinan yang
sepemikiran dengan nya mengemudi UMNO, lebih ramai orang Melayu yang sedar akan
menolak UMNO.
Janganlah
Najib memperkudakan masaalah DAP dengan ROS sebagai alasan menopeng pekung
didada UMNO sendiri.
Perutusan
Hari Raya Najib.
Kali
ini, Najib melampaui batas. Perutusan hari raya aidil fitri dugunakan untuk
memecahbelahkan umat Islam. Perutusan Hari Raya Najib kali ini memelikkan. Hari
Raya adalah suatu hari meraikan kemenangan. Para ustaz dan tokoh agama
berceramah panjang lebar mengenai perkara ini. Hari raya juga suatu hari
mengajak umat Islam bermaaf maafan dan bersatu padu.
Tapi
perutusan Najib mengajak umat Islam bermusuhan antara satu sama lain. Kita hendak
tahu- puak syiah mengucap dua kalimah syahadah atau tidak? Jika tidak mengucap
demikian, mereka bukan Islam dan jika mereka bukan Islam dan mereka bermusuhan
dengan puak Islam dalam negara kita, maka kerajaan mesti mengambil tindakan
tegas keatas mereka. Aqidah mereka macam mana? Mereka ikut ajaran yang dirisalahkan
oleh Nabi Muhammad saw atau tidak? Adakah keenggannan puak syia menerima
penggiliran kkahlifah setelah wafat nabi soal aqidah atau politik? Kepada puahk
syiah, jawatan khalifah adalah jawatan yang diwariskan kepada darah keturunan
atau hereditary. Oleh kerana RasulAllah tidak mempunyai anak lelaki, maka Ali
sepatutnya dilamtok sebagai khalifah. Ini prinsip nya. Bukankah prinsip ini
dipakai dalam menentukan siapa jadi raja dalam negeri2 dalam negara kita? Adalah
ini bererti kaedah mewarisi takhta oleh Raja2 Melayu adalah suatu yang mengikut
amalan syiah? Apa pendirian pentadbiran negara?
Tidak pernah perutusan hari raya dijadikan
landasan untuk meruncingkan perpecahan dikalangan umat Islam. Pencerahan menegnai
beza syiah dan ahli sunnah wal Jemaah bukanlah suatu perkara yang boleh
dihuraikan dengan adil dalam perutusan hari raya. Uacap selamat hari raya
mengajak orang berbaik baik dan bermaaf maafan, mendoakan selamat pulang dan
kembali beraya , cukuplah. Tidak perlu Najib meningkatkan polemic antara syiah
dengan ahli sunnah wal Jemaah.
Sebab
itu kita kata perutusan Najib pelik kerana dia menggunakan platform tersebut
untuk berkelahi dengan puak syiah.
Kalau
demikian, kenapa Najib tidak ada keberanian mengeluarkan pendirian keatas shiah.
Ia harm atau tidak. Jika haram, elok kita putuskan hubungan diplomatik dengan
Iran. Elok juga kita halau semua orang Iran yang ada dalam negara kita kecuali
wanita2 Iran yang diminati oleh Najib. Kalau ia haram, semua penganut Islam syiah
mesti diberkas dan dihantar ke simpang renggam. Dibawah ordinan darurat (hal2
syiah) atau sebagainya.
Siapalah
yang menuliskan perutsuan tersebut tidak kah dia tahu megupas perbezaan syiah
dan ahli sunnah wal jamaah adalah suatu perkara yang amat berat untuk PM?
Adalah
suatu yang janggal apabila perutusan raya yang mengajak umat Islam meraikan
kemenangan dan bersedia memaafkan satu sama lain, Najib al-tantuya guna untuk mencemuh
puak syiah. Tentunya ini bukan langkah menyatupadukan umat Islam dan bukan
meraikan keriangan.
Khutbah
hari raya.
Khutbah
ditempat lain saya tidak tahu. Tapi khutbah di Masjid To Sera Kuantan, saya
dengar sendiri. Inilah khutbah yang paling berat sebelah yang disampaikan oleh
khatib. Ianya khutbah yang berat sebelah dan sarat dengan mesej politik mempertahankan
sebuah kerajaan yang terang2 tidak mendapat sokongan popular.
Khatib
menghuraikan dengan panjang lebar mengapa wajib taat setia kepada ulil amri. Kita
telah menghuraikan perkara ini dalam ceramah2 kita. Masaalah dengan orang UMNO
dan tok khatib UMNO ialah mereka yang layak digelar ulil amri hanya dari
kalangan UMNO. Sebab itu, khatib menyatakan walaupun ulil amri zalim, rasuah,
tidak mengapa bertaat kepda mereka selagi mereka tidak membelakangkan agama.
Jika
demikian, mengapa kita tidak boleh memilih ulil amri yang tidak rasuah yang tidak
zalim dan tetap mempertahan agama? Kalau kita ada pilihan apa pasal kita mesti
pilih dari kalangan yang jahat?
Nyata
khutbah aidil fitri disediakan oleh penyokong2 UMNO yang mahu mempertahankan
keududukan meerka dan menjustifikasi perlanunan, rompakan, rasuah asalkan mereka
mendukung cita2 Islam. Ini suatu nasihat yang datang dari fikiran yang kacau.
Khahtib
menggunakan ayat An Nisa Quran 4:59 untuk menguatkan hujjah nya. Tapi huraian
khatib tidak jitu kerana ayat tersebut memperkui bahawa mesti ada perbezaaan
pendapat dan percanggahan antara kumpulan. Sebab itu ayat Quran 4:59
juga mengandungi kaedah menyelesaikan percanggahan pendapat yang diperakui ujud
dengan merujuk perbezaan itu kepada Allah, Rasul dan Hari Akhirat iaiau Aqidah
kita.
Ertinya
apa? Ertinya taat secara mutlak kepada ulil amri bukanlah a natural state dalam
prinsip Islam. Perbezaaan pandangan dan kaedah penyelesaian nya lebih merupakan
natural state ajaran Islam.
Kita
sebenarnya diajar bahawa taat setia adalah suatu konsep yang bersyarat. Dalam buku
Mun-yatul mushalli karangan Sheikh Daud al Fatani- dalam bab Tatmimul
Faedah ada tersebut sebuah hadis nabi yang mengajak umat Islam taat kepada
Sultan yakni pemerintah selagi mereka adil. kalau tidak adil, tidak perlu taat.
Akhir
sekali khatib gagal membaca Quran 4:58 yang menyuruh kita memberi amanah
dan taat setia kepada mereka yang berhak untuk mendapatkan amanah kita dan kesetiaan
kita. Siapakah mereka?
Antara
nya ialah mereka yang apabila memerintah dan menghukum, melakukan nya secara
adil.
Demikianlah
beberapa pengucapan dari pimpinan kerajaan dan mursyidul am mereka yang kita
mesti bangkang.
eshan SAKMONGKOL AK47
No comments:
Post a Comment