4 Asas penghidupan manusia di alam maya ini;
1- Sentiasa meningakat illmu pengetahuan
2- Sentiasa berusaha meningakatkan amalan & beramal
3- Sentiasa berzikir sebagai tali perhubungan dengan Allah
4- Sentiasa berfikir untuk memajukan agama, masyarakat dan diri sendiri
Apakah rahsianya berzikir.
Otak
menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta
saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh
yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu
yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik
yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza
dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak
begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek
ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember
1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar.
Dalam
kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya
ammar
No comments:
Post a Comment