Pedokong fahaman sekular mereka menafikkan kewujudan dan keesaan Allah. mereka menolak kewujudan Allah, mereka menganggap Allah tidak berperanan dalam perkembangan alam dan seluruh kehidupan manusia. Bagi mereka pencipaan alam oleh Alla dan Allah membiarkan ciptaanya berjalan berdasarkan sistem semula jadi. dan terserahlah kepada manusia untuk mengurus alam dn menghadapi segala kemungkinan dari sistem tabiinya. Termasuklah penafisran terhadap selaga musibah yang elaku. Ia dianggap tiada kaitan dengan perlakuan manusia mahu pun kemurkaan Allah SWT.
Sudah acap kali negera kita dan negara sekitarnya di " serang " oleh asap dari seberang dengan jenama " jerubu ". Jerubu selalunya di iringi dengan cuaca panas yang melampau dengan di dalangi oleh membakaran ladang cara terbuka oleh piha-pihak yang tidak bertanggongjawab. Sebagai manusia dan berpegang kepada kebesaran Illahi, kita harus pasrah dan mengakui kebesaran Allah. dengan itu selain dari akibat kebakaran dan pencemaran ianya juga berpunca daripada keengkaran manusia mematuhui kehendak Allah.
Logiknya jika ia disebabkan oleh pembakaran sudah pasti dengan kehadiran hujan akan menghilangkan jerubu yang ada. Namun usaha pembenihan awan yang pernah dilakukan di negera ini tidak menyelesaikan masalah ini sepenuhnya. Ini membuktikan bahwa segala jerubu yang didatangkan olehNya kemungkinan besar ianya menjadi isyarat kemukaran Allah terhadap manusia. Dengan itu hanya Allah yang mampu menyelesaikannya dan kita wajib kembali kepada Allah.
Maksud ayat surah ad-Dukhan 10 - 14
" Oleh itu tungguhlah ( Wahai Muhammad ) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata, yang akan menimpa seluruh kedaan manusia ( yang kafir itu, sehinga mereka akan berkata ) " Ini adalaha azab yang sungguh menyakitkan " ( Pada saat ini mereka merayu dengan berkata ) " Wahai Tuham kami! hapuskanlah azab ini dari kami, Sesungguhnya kami akan beriman!". Bagaimana mereka dapat beringat ( menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu )? Pada hal mereka telah didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan ( yang cukup untuk mereka beriman ) sekalipun demikian mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata ( semasa sendiri ) " Dia seroang yang di ajar ( oleh bangsa asing ) Dia juga seorang yang gila "
Menurut Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri - kitb Garjumanul Mustafid
" Maka nanti oleh mu ya Muhammad jika mereka itu pada hari datangnya asap yang menutupi langit maka kemaraulah bumi dan bersangatlah kelaparan mereka itu sehinggan kelaparan mereka itu seperti kelakuan asap antara langit dan bumi "
Justeru itu manusia harus berfikir, bahawasanya, tiada kebinasaan yang ditimpakan keatas manusia malainkan kerana kezaliman manusia itu sendiri. Untuk itu manusia hendaklah sentiasa memuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Islam mengajar kita beriman kepada qadha' dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik mau pun sebaliknya, semua dari Allah sebagai ujian kepada manusia. Untuk itu gunakan kesempatan samaada di rumah atau di luar rumah untuk meningkatkan amal ibadat dan sentiasa bertaubat kepadaNya.
Rasullah SAW, menganjurkan dengan melakukan solat istisqa' semasa kita menghadapi jerubu. Solat Istisqa' ialah solah sunat untuk kita memohon hujan, selain puasa sunat, memperbanyakan berdoa, zikir, bertakbir, bersedekah dan beristighfar serta jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiah serta perbuatan syirik yang bercanggah dengn ajaran Islam.
Dengan musibah ini marilah kita:
1- kemajuan yang dicipta oleh manusia walau sehebat mana pun ia gagal untuk menandingi kuasa Allah. isilah kemajuan ciptaan sendiri dan iman dan taqwa.
2- Ketika jiwa manusia gundah-gulana, manusia perlu besabar dan kembali kepada Allah. Sebagimana mansuia juga perlu bersyukur dan mengangati Allah ketika senang.
3- Manusia perlu mendidikan jiwa mereka supaya redha dengan ketentuan Allah. Sikap berputus asa menyebabkan mansuia, merana di dunia dan sengsara pula di akhirat.
4- Memperbanyakkan amal kebajikan dan mengelakkan daripada melakukan pekara-perkara maksiat dan dosa
Petikan dari khutab Jumaat 19 syaaban.
No comments:
Post a Comment