Jelas memperlihatkan betapa besar kuasa Allah terhadap dunia ciptaannya, Allah mampu melaksanakan dan bertindak untuk memperlihatkan kekuasaannya kepada manusia. Cuma manusia saja lupa diri, angkoh, sombong dan sentiasa meninggikan diri dan melupai diri bahawa kita diam sementara di bumi kepunyaanNya.
Di paparkan satu lagi kebesaran kekuasan Allah dimuka bumi ini.
Chamarel adalah sebuah perkampungan yang berada di Daerah Black River, di Pulau Mauritius, sebelah timur Afrika. Di sini, anda boleh melihat sebuah bukit pasir dengan 7 warna berbeza. Bukit pasir ini juga dikenali dengan nama ‘Seven Colored Earth’.
Perkampungan ini menjadi tempat pelancongan
paling terkenal di Pulau Mauritius sejak tahun 1960-an. Di kawasan
seluas 7500 m2 ini terhampar luas pasir halus
berkilau dengan aneka warna berbeza. Mulai dari pasir berwarna merah,
perang, ungu, hijau, biru, kuning, dan oren berpadu menjadi satu,
menciptakan sebuah pemandangan yang menakjubkan.
Kewujudan ‘Seven Colored Earth’ ini memang cukup unik, mengingatkan kedudukannya yang jauh dari pantai.
Hasl kajian, pasir aneka warna ini terbentuk dari pecahan batuan
vulkanik aneka warna, dan bercampur dengan pelbagai mineral yang
terkandung dalam tanah sejak lama. Hasil gabungan inilah yang
menimbulkan warna-warni cantik di ‘Seven Colored Earth’.
sumber: http://goklik-info.blogspot.com/billyinfo
No comments:
Post a Comment