Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 29, 2013

SPR OH SPR, KINI BN PULA BUAT LAPORAN

BN Lembah Pantai dakwa SPR pilih kasih

BN Lembah Pantai hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan gagal bertindak terhadap beberapa kesalahan pilihan raya yang didakwa dilakukan PKR kawasan tersebut.

Setiausaha BN Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan yang membuat laporan tersebut mendakwa SPR gagal bertindak terhadap tindakan PKR mendirikan pondok panas berhampiran pusat pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan SJK (T) Saraswathy.

Dakwanya lagi, SPR juga gagal bertindak terhadap PKR yang bertindak merayu undi di pintu masuk tempat mengundi pada hari mengundi selain bertindak mendirikan barung selepas jam 12 tengah malam 4 April dalam jarak kurang 50 meter dari kawasan larangan.

Sedangkan, SPR mengarahkan bendera dan poster BN diturunkan walaupun ia mematuhi peraturan pilihan raya semata-mata kerana ia dipasang berhampiran balai polis Bukit Travers, katanya.
"Jadi saya berharap polis dapat menyiasat amalan pilih kasih SPR ini," kata Sazali ringkas kepada pemberita selepas memb uat laporan tersebut di balai polis Jalan Pantai Baharu petang ini.

Beliau turut ditemani calon BN untuk kerusi Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang turut membuat laporan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Laporan polis terhadap beliau adalah berkenaan tuduhan beliau terhadap saya berkenaan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara," kata Nong Chik ringkas tanpa mendedahkan butir laporannya.

Sehari sebelum pilihan raya, Nurul membangkitkan dakwaan berhubung peranan Nong Chik dalam satu urusniaga tanah bernilai tinggi, seluas 12 ekar.

Beliau mendakwa, tanah itu dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Raja Nong Chik akhir tahun lepas.

Dakwanya lagi, ia kemudian diberikan kepada syarikat persendirian, yang kemudiannya menjualnya kepada syarikat pembangunan hartanah terkenal dengan nilai RM475 juta.

Urusniaga tersebut, dakwa Nurul, akan dimuktamadkan selepas pilihan raya berakhir.

Posted by mountdweller 4:44PM Mei 29 2013

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA