Kg. Gajah, kini semua spekulasi kaitan dengan siapa bakal di lantik EXCO Selangor telah pun selesai, pihak istana juga bersetuju dengan formula 4-3-3 dengan kedudukan 6 - 4 mengikut agihan bangsa. Tahniah kepada semua para exco moga-moga dengan perlantikan ini ianya pasti memberikan kekuatan kepada PR untuk meneruskan penguasaan di Selangor.
Setelah 'gomol dalam cawan' akhirnya seramai 10 orang Adun
Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai
Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.
Exco Selangor kali ini menampilkan lima calon muka baru dan lima calon yang dikekalkan untuk penggal ini.
Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, serta Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali manakala dua Adun muka baru Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Sallehen Mukyi.
Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

No comments:
Post a Comment