Kg. Gajah 29 Mei 2013, rakyat mula terasa apa yang di nyatakan pada Menifesto BN yang meniru manifesto PR kaitan dengan menurunkan harga kereta nampaknya tinggal kenangan. Janji yang ditaburi mula di tinggal janji " janji di capati ". Kawan-kawan yang santai di warung-warung semuanya berasa hampa atas kegagalan untuk menikmati kereta baru.
BN dalam manifestonya jika di pilih semula untuk menerajui kerajaan buat 5 tahun lagi, akan menurunkan harga kereta antara 20-30
peratus harga kenderaan. Tapi dengan kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed bahawa pengurangan harga kereta akan dibuat secara
berperingkat sehingga 2017, besar kemungkinan tidak akan di tunaikan atau pun Kerajaan akan menjadikan senjata untuk PRU14 nanti. Rakyat terus di hampakan.
Kenapa " mereka " memainkan rakyat, apakah kerana " melayu mudah lupa " UMNO amat mudah memainkan perasaan Melayu, atau apakah kerana majoriti Melayu duduk di luar bandar maka amat mudah diperdayakan, soalan dan berbagai soalan yang ditimbulkan, atau apakah sebenarnya yang tersirat pada pemikiran pemimpin BN ini apakah sebenarnya yang cuba di sembunyikan atau hakikat
sebenarnya ialah tiada penurunan harga kereta. Atau apakah kenyataan ini hanya untuk menyejukkan
dan memujuk rakyat pengumuman ini terpaksa dibuat. Pelbagai alasan
direka bagi melambat-lambatkan penurunan tersebut.
Cita-cita dah tercapai, kuasa masih di tangan jadi mungkin mereka tiada
kesungguhan untuk menurunkannya. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu
dalih. Kenyataan YB Mustafa juga di sangsikan kerana dalam satu kenyataan beliau memaklumkan sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular
di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus - kereta jenis
apa? kenapa hanya 10 model sahaja? Bagaimana dengan model-model lain? Senarai tidak dinyatakan untuk tatapan rakyat! Jangan sekadar menyebut secara umum sahaja. ( pemimpin UMNO masih melebalkan MELAYU MUDAH LUPA )
Kesimpulannya, selain dari harga diturunkan pihak kerajaan juga mestilah menurunkan kadar faedah bagi pinjaman membeli
kereta terpakai. Hal ini kerana, harga kereta terpakai tidak jauh
bezanya dengan kereta baru akibat kadar faedah yang tinggi. Kalau UMNO / BN benar-benar bercita-cita untuk menunaikan " Janji di Tepati " dan " benar-benar ingin mendahulukan rakyat" , tidak perlulah
tunggu sehingga 2017 untuk menurunkan 30 peratus cukai kenderaan.
Buktikan bahawa janji-janji anda ditepati, bukan dicapati.
No comments:
Post a Comment