Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 28, 2013

MKT 2013, APAKAH TAJUDDIN AKAN KE NAIB PRESIDEN?

Berakhirnya PRU13 dengan terhasil beberapa keputusan yang mungkin menyenangkan sebahagian pihak dan mungkin juga ada yang terasa kini masa sesuai untuknya menguji sejauh mana kepercayaan ahli terhadap dirinya. Mungkinkah jawatan penting dalam MKT UMNO itu tidak akan dipertandingkan? atau sebaliknya. Andaian ini memungkinkan MKT UMNO pada penghujung tahun ini akan mengada atau ditiadakan pemilihan pucuk pimpinan parti.

Hasil PRU13 yang menidakkan " keceriaan " ahli UMNO kerana di bawah pimpinan Najib hasil PRU terus teruk, dan lazimnya kedudukan sebagini memastikan pucuk pimpinan meletakkan jawatan atau di paksa meninggalkan kerusi teratas dalam parti itu. Andaian ini akan menyebabkan. Muhyiddin Yassin akan mencabar Najib Razak untuk jawatan Presiden Umno. Atau apakah Najib berusaha untuk memastikan ketiadaan pertandingan untuk Presiden dan membawa kesemua jawatan tidak dipertandingkan, rasionalnya baru lepas PRU, dan pemimpin UMNO sudah banyak kehabisan modal untuk menabur lagi. Perjuangan dalam UMNO " wang " adalah segala-galanya. Yang terbaik mungkin di elakkan pertandingan tersebut.

Najib akan menjadikan 'kekalahan' Umno sebagai alasan untuk tidak mengadakan pemilihan tahun ini, dan ianya juga mengelakkan pertandingan sama sendiri. Dan ahli Umno juga faham mengenai kedudukan Umno hari ini sebagai parti tunggak kepada BN. Walaupun Umno masih boleh berbangga dengan prestasinya tidak berubah, tetapi kubu kerajaanya semakin hari semakin menipis. Kekalautan di dalam Umno boleh menyebabkan kubu BN akan romboh dan UBN akan hilang kerajaan.

Sejak Mukhris di angkat dan dinobatkan sebagai MB Kedah, ayahanda beliau agak mendiamkan diri, tidak lagi memaksa seperti biasa, tidak lagi bising, tidak lagi memberikan kenyataan, kita masih ingat sebelum PRU, Mahathir pernah mengingatkan Najib agar menghasilkan lebih baik di PRU13 ini dan jika sebaliknya perlu meletakkan jawatan. Tapi dengan kembaliknya Kedah ke tangan BN dan Mukhris pula di lantik sebagai MB, Mahathir seolah-olah seperti " tikus jatuh dalam beras " Kesimpulan dalam kes ini, Mahathir sudah mengarahkan anaknya agar bersabar dan tunggu sahaja musim mendatang untuk memastikan kedudukan di Naib Presiden. Masa untuk anakanda masih panjang.

Lagi satu isu yang boleh dibangkitkan ialah kaitan dengan kedudukan jawatan naib Presiden. Kedudukan tiga naib presiden sekarang ini, Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Afdal dan Hishamuddin Hussein tidak begitu selamat. Rasanya tidak ada kompromi untuk jawatan ini.Apakah bekas calon seperti Khalid Nordin ( Kini MB Johor ), Mustafa Muhammad ( Menteri Pendidikan 2 ) mungkin agaknya Dato Tajuddin Abdul Rahman ( tim. Menteri Pertanian / mantan pengerusi Felcra ) akan menyertai kumpulan ini. Tapi bagi bekas calon lain Abdul Ghani Othman dan Ali Rustam sudah tentu tidak berminat menyertai pertandingan kali ini.

Dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini sudah tentu orang seperti Muhyiddin akan menunjuk seseorang untuk menjadi calon popular dengan harapan kedudukan Zahid akan tersingkir. Zahid perlu menyedari perkara ini di mana kedudukannya buntuk kerusi Naib Presiden sangat bahaya berbanding dengan Hishamuddin dan Shafei Afdal. Hishamuddin dan Shafei Afdal bukan calon untuk timbalan presiden bagi mencabar Muhyiddin di masa akan datang.

Kebangkitan dan kemarahan orang Cina kepada Umno juga menjadikan penyebab kenapa pertandingan tidak akan berlaku. Saya percaya orang Umno yang mengidam untuk memegang jawatan akan insaf dan mereka akan berpadu bagi mengukuhkan Umno. 

Dengan pendedahan dan huraian tersebut besar kemungkinan 2 kerusi teratas mungkin tidak akan di pertandingkan sebaliknya untuk naib-naib presiden belum tentu dan mungkin ada pertandingan " proxy " kepada Presiden dan Timbalan Presdin. Cuma bagi Khairi Jamaluddin ( Ketua Pemuda ) muingkin agak selamat kerana ianya baru di lantik sebagai menteri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA