JPN, Jabatan Pelajaran Perak, memang sudah sewajibnya mengeluarkan arahan / pekeliling agar staf dan kakitangan di bawah jagaan mereka tidak melibatkan diri secara terus dengan perkembangan politik semasa. Tambahan sebagai kakitangan kerajaan sepatutnya " pengecualian " perlu ada dan tidak menyerlahkan diri dengan penglibatan kepada sesuatu parti yang di minatai. Memang " mengundi " adalah hak kita. Tapi melibatkan diri kepartian adalah satu kesalahan.
Tapi apa yang amat di kesalkan ialah, pekeliling ini seolah-olah di tujukan kepada " kakitangan " yang tidak berminat dengan UMNO / BN. sebaliknya jika mereka berminat dengan UMNO / BN mereka menadapat satu " laluan " atau pun keizinan dari pihak berwajib.
Kita ambil saja kepimpinan dalam parti, mana ada cawangan parti yang tidak melibatkan pegawai kerajaan, tambahan mereka yang melibatkan diri dengan parti pemerintah. dari cawangan hinggalah ke peringkat bahagian. Sebagai contoh, di Parlimen Pasir Salak, khususnya dari kepimpinan Wanita,beberapa buah pengurus sekolah ( Guru Besar ) memang terlibat cara langsung, malahan mereka juga adalah dijadikan agen kepada bakal-bakal calon. Memang tidak dinafikan penglibatan dari kepimpinan parti pembangkang, masalahnya yang akan diambil tindakan hanya mereka dari pembaangkang. Bukankah itu dinamakan " dwi standard " dalam pengurusan.
Itu isu poliltik, kaitan dengan perniagaan bolehkah kakitangan kerajaan " berniaga " mereka bertindak sebagai kontraktor. Di Kg. Gajah ramai kalangan mereka terlibat secara langsung dengan tugasan sampingan ini, kadang-kadang mereka lengkap dengan " uniform " kerja ( bertali leher ) memantau kerja-kerja di di projek-projek yang sedang dilaksanakan. Tidakan tidak diambil kerana, kontraktor ( guru ) ini juga adalah penyumbang kepada kewangan kepada projek / aktiviti di PPD.
Kini rakyat semakin tidak faham dengan tugasan dan peranan yang dimainkan agensi kerajaan, mereka solah-olah tidak mengindahkan apa yang sedang berlaku, tidak ingin ambil tahu dan yang malangnya apabila semua laproan yang diberikan berkaitan dengan kepimpinan kerajaan dan ahli-ahli politik UMNO / BN semua dibuat seperti " melepaskan batok di tangga " semua pelaporan yang diberikan seolah-olah di tong sampahkan oleh mereka.
Cuba kita lihat bagaimana agensi SPRM - yang bertindak dan mengawal salah laku rasuah di kalangan rakyat dan kepimpinan tak kira dari mana - sama ada pemimpin politik mau pun pemimpin kerajaan. Mereka cuma bertindak kepada dan dari kalangna " pemimpin " pembangkang saja.
Baru-baru ini satu lalgi pendedahan yang melibatkan calon Ahli Parlimen dari Pasir Salak YB Dato Tajuddin bin ABdul Rahman kaitan dengan isu 1.3billion.
surat tu larangan jika sokong puak anti kerajaan Malaysia..mcm puak sulu (zulu?) tu.
ReplyDeletejika anti umno amat dialu2kan kerana umno hanya sebuah parti cabuk. kerajaan Malaysia mesti dipertahankan. umno wajib dihumban kerana menjahanamkan kerajaan Malaysia. contoh : umno dalang punca serangan sulu
Ada GB yg selalu berurusan dgn Sin Tlye lock semasa dia berkhidmat tu mcmna pula yer???
ReplyDeletesuatu masa dulu belia ada buat jelajah Malaysia ..kes di pahang .. mana rupa ragam dia agaknya!!!
Yg punya daya usaha utk melaksanakan program tu terkontang kanting ditinggalkan kerana hendakkan nama...
Mana guru yg tidak berpolitik???
ReplyDeletehakikat nyer hampir setiap sekolah byk gurunya yg menyokong pembangkang..
betul ke bahawa mereka ini dilarang terus drpd bergiat dgn pembangkang..
Institusi perguruan adalah salah satu profesion yg paling byk kemudahan dan dimanjakan.
Segala kemudahan diberi oleh krjaan dgn tujuan memastikan tumpuan guru utk mendidik anak bangsa tidak terjejas..
Duit krajaan diistilahkan haram,tapi itulah wang yg diterima setiap bulan tanpa ada rasa malu... bila ditempelak dikatakan wang itu wang rakyat... maka rakyat lebih berhak... jika betullah wang kerajaan itu adalah wang rakyat.. rakyat yg mengambil nya adalah seperti buruk siku... memberi tidak seberapa tapi menyalak hendakkan imbuhan nyer lebih pula.Kalau pasal wang... semua nyer bercakap....