"Saya
tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami
sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan” kata
Najib yang dipetik dari Sinar Harian. PM tidak bersedia menerima dapatan kajian tersebut.
Kenyataan
beliau tersebut adalah sebagai respon kepada dapatan kajian Umcedel
yang membuktikan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi
perdana menteri sementara hanya 39 peratus memihak kepada beliau.
Akhbar akar umbi, Sinar Harian telah melapurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung Anwar Ibrahim lebih layak menjadi PM sebagai karut sebaliknya menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mungkin juga PM terlepas pandang dengan apa yang telah dilakukannya sepanjang musim PRU ini, PM juga lupa bagaimana agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR serta agensi kerajaan juga melibatkan diri secara " terus " untuk membantu UMNO / BN di PRU13 ini.
Gambar ini jelas menunjukkan bagaimana PM boleh beberanan
di kem tentera sedangkan kawasan ini adalah kawasan larangan,
tapi beliau tidak lansung mengindahkan etika perkhidmatan tersebut.
Faktor lain yang menyebabkan populariti Najib menurun juga ada kaitan dengan calon-calon " winnable candidate " yang di cadangkan untuk PRU13 ini. Kerana rata-rata rakyat sudah pun mengeneli mereka, sudah tahu isi dan hati budi mereka.
isu 1
IPOH:
PAS Perak mempersoalkan adakah Dato’ Hamidah Osman ( gambar ) kebal daripada
sebarang tindakan daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh
berkata, sehingga hari ini bekas Exco Kerajaan Negeri Perak tidak
disabitkan sebarang tindakan walaupun pelbagai insiden yang dilakukan
olehnya sebelum ini.
Buruk laku YB ini juga memberikan kredit yang menjunamkan kredibiliti Najib itu sendiri. Buruk laku Hamidah memang sudah dikenali oleh pengundi di kawasan DUN Sungai Rapat. semua buruk laku beliau seolah-olah mendapat perlindungan dari pihak PDRM. Mungki di sinilah salahnya.
Kemelentingan dan kelatahan beliau dalam hal tersebut ternyata memperlihatkan DS Najib tidak dapat menelan kepahitan jadam realiti dapatan kajian tersebut. Najib
harus membuktikan dengan membentang data-data kukuh apabila beliau
menyatakan BN berada di hadapan. Begitu juga apabila menyatakan BN ada
tinjauan mereka yang sendiri beliau seharusnya tidak melenting kerana
dibimbangi tinjuan ini datang dari pembodek-pembodek tegar di
sekeliling beliau yang sentiasa mengalunkan lagu-lagu indah untuk beliau
terlena dalam lamunan mimpi yang tak sudah.
isu 2
Orang no. 2 dalam wanita tidak diberikan kepercayaan oleh beliau
dan PM sanggup mengenepikan kemampuan tokoh wanita tersebut.
Apakah tokoh ini bukan dari kalangan " winnable candidate "
Ini jelas memperlihatkan transformasi Najib hanya berlegar-legar di peringkat atas sahaja tanpa betul-betul turun ke akar umbi atau ke urat nadi anak muda di bawah. Tidak dapat dinafikan sasaran tepat anak muda sukar didekati kerana disekat oleh kelompok-kelompok UMNO bawahan.
Hakikatnya
di dalam tempoh berkempen ini pun jelas memperlihatkan terdapat
calun-calun BN sendiri yang bengong dan memperlekehkan peranan
media-media sosial malah ada yang gagal menguasainya dengan berkesan
secara konsisten.
isu 3 - calon pru dari staf pejabat
Dalam
PRU kali ini, Najib mencalonkan empat setiausaha politiknya iaitu Datuk
Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Shahlan Ismail (Pokok
Sena), Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Mohd Shafie Abdullah
(Wangsa Maju), manakala seorang lagi Pegawai Tugas-tugas Khas di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman yang bertanding di kerusi
Dun Kubang Rotan, Kedah.
Majlis Professor Negera juga perlu memainkan peranan untuk memikirkan
bagai UMNO/BN dapat meneruskan penguasaan di Putra Jaya.
Aura Najib secara individu memang hebat tetapi calun-calun yang di bawah "wal hasil balik asal, itu pasal tak hasil". Tidak ada satu jaminan aura tersebut akan diterjemahkan di atas kertas undi kerana calun-calun yang lembab.
No comments:
Post a Comment